Meet This Blog In Facebook !

Sunday, August 28, 2011

.persiapan syawal saya.

wahh ~ tajuk nak skema .
sebelum aku taip dengan panjang lebar , meh nak bagitahu .
secara official nya , aku dah tamat menjadi seorang pekerja .
semalam adalah last day .
dapat gaji , dengan duit raya , sekali pakej dengan kad jemputan kahwin disertai dengan kuih raya yang banyak !
terima kasih Cik Nor !

malam semalam , sampai pukul 130 pagi , aku berpeleseran dengan adik aku .
gara gara nak beli tudung , parking susah nak cari .
tetiba aku rasa ramai pulak makhluk di Seremban ni .
HAHA !

hari ni , petang , aku keluar dengan abang angkat aku konon nak tukar cincin kat terminal one .
last last tak boleh nak parking .
dua kali pusing , nan ado .
yang lagi bangang , parking atas , dia boleh tutup pulak .
super bangang kat situ .
grr ~

last last pergi shopping barang mekap je kat watson .
huh .

yang lagi sengal abang angkat aku lahh .
time tuh , baru keluar dari kereta , on the way nak ke Watson lahh .

"ouh , kalau berdiri , kamu nampak kurus eh , kalau duduk nampak gemok"


sungguh jujur statement mu wahai abang .

"agak agak lahh nak perli kann , saya faham maksud kamu . HAHA !"
"orang puji pun salah eh ?"
"cess ~"


baju raya , kasut raya , beg raya , tudung raya , seluar raya , semua aku dah pakai .
tak sempat nak tunggu raya sebab kata ibu "kang tak sempat pulak nak pakai. baik pakai je terus"

betul gak tu .
lagipun , kang tade lahh kene bahan sebab raya semua bau kedai lagi .
dah besar kot .
HAHA !




esok nak settle nak semua .
kene bangun awal .
heh .












Tuesday, August 23, 2011

.10 Perkara Lelaki Suka Dekat Perempuan (Part 2).




Sunday, August 21, 2011

.hai abang abang handsome.

hari ni aku keluar shopping dengan ibu .
pergi beli baju , kasut dan bahan bahan untuk buat kuih raya .

awal awal aku dah cakap dengan ibu , tahun ni aku nak pakai kaftan .
arghh ~ tak kira , nak jugak .
ritu aku tengok kat dataran senawang , limited sangat .

jadi , rini , ibu ajak pergi First Lady kat Seremban Parade .
aku tak pernah shopping kat butik .
selama ni aku sangka baju kat First Lady ni semua stok ratus ratus je .
mana lahh aku mampu .
sebab tu, baju raya tahun lepas , beli kat bazar je .
kikiki ;D

masuk masuk je , ramai orang .
tapi dah nampak kaftan !
cantik cantik semuanya .
okay , aku dah teruja .
rasa nak melompat tapi control lahh kan .
dah 21 tahun kot .
lilek jee .
HAHA !

cari punya cari , jumpa satu , kaler pink !
hot pink lahh nak ke rose .
cantik , dan yang aku amik tu , last size kecik .
saiz M .
yang lain tinggal XL , 2XL .
S , M , L , jangan harap nak ada .
nasib baikk .
aku memang dah aim nak kaler pink .

eh , aku bukan nak cerita pasal baju raya .
adoiii ~
keluar landasan sudaaa .

aku ni pesen , kalau drive , aku memang suka tengok cermin belakang .
sebab nak tengok siapa kat belakang aku .
kalau pakwes , memang semangat lahh aku nak drive kann ?
HAHA !

dan hari ni sangat beruntung , sebab dari sikamat , memang kereta pakwes pun yang follow .
hehe ;)
ade lahh dalam 4 5 orang dalam kereta tu .
hehe ;)

dari sikamat sampai ke seremban parade , kereta pakwes ni ikut je kereta aku .
even sampai ke parking pun .
nasib baik , kat parking belakang aku ade kereta dah park , kalau tak , aku rasa , diorang pun park kat situ .
heeee ^_^

time nak lock kereta , aku boleh tersalah tekan .
hansap betul .
apa lagi , menjerit lahh FL uh .
dah lahh kuat .
terkejut aku weyh .
kelam kabut gak ahhh .
grrr ~

dalam 30 saat lepas tu , kereta pakwes tu berhenti tepi aku yang tengah gelabah .

"kak , tekan balik alarm tu"
"ouh . okay"

'kak kau panggil aku ?'
aku pegang kepala  , tanda betapa bodohnya aku bab bab alarm kereta ni .
simple thing camtu pun tak boleh handle .
grrr lagi .


tapi malang , aku tak sempat nak pandang lama muka pakwe itu .
alahaii ~ sayangnya .
tak sempat nak inga pun .
pfffuuu ~
rugi .

*lempang nak ?*


lepas tu , mereka pun bla , dan aku tergelak dengan ibu .
HAHA !



sekian pengalaman saya bertemu jejaka handsome hari ni ;)




Saturday, August 20, 2011

.10 perkara lelaki suka dekat perempuan.




Thursday, August 18, 2011

.Yang Lelaki Mahu Dari Wanita.



ade orang backlink blog aku ehh rini ?

Wednesday, August 17, 2011

.12 Gadis Yang Tidak Dilepaskan Lelaki.




.wordless wednesday #7.




.contest : hadiah hari raya !.

ouh , bukan aku buat kontez .
aku cuma join dan harap akan ada luck untuk menang .
sebab aku memang manjang LOSER kalau join kontez .
jadi , dengan harapan setinggi gunung , aku harap kau orang semua , tolong lahh tolong aku menang eh .
paham tak ni ?
HAHA !

ini kontez dari blog sepet88 .
kenal ?
tak kenal ? tak kenal , pergi berkenalan .
aku kenal kakak dia je , kak VP, dia , aku kenal thru blog je .
hehe ;)

mesti sepet tak kenal aku kan ?
tsk tsk T___T

okay okay , membebel pulak aku .
next !


Macam mana nak MENANG??

1. Jadilah Folowwer kat Sepet Shop (bonus untuk siapa yang print screen sekali time jadi folower Sepet Shop okey)

2. Buat entry saya mahu menang kerana ....... (sukati korang la nak buat berapa patah perkataan kan)

3. Hantar link entry korang tu menerusi comment pada entry Contest ini SAHAJA!

4. Pastikan setiap blog korang ada button Like (dari facebook) kalau belum buat cepat2 buat ye..Kenapa?

Entry yang paling banyak orang like (dari fesbuk) dialah yang akan menang..

5. Tarikh penyertaan dari saat ini sehingga 16.8.2011 dan tarikh last untuk like kat blog adalah pada 17.8.2011 tepat jam 12 malam, aku akan umukan pemenang pada 19.8.2011..

6. Link kan entry contest ni pada last entry korang :)

saya rasa adik saya block certain features lahh kat semua internet browser saya , sebab saya tak nampak langsung kotak follower , jadi saya follow ikut dashboard sajork ;) diterima tak ? Saya mahu menang kerana ....

satu , saya nak beg baru . sebab saya dah takde beg . harapkan purse je , itu pun orang bagi . huu T___T . nak beli baru tapi duit takde . saya selalu jugak bersiar siar cuci mata kat sepet shop tengok beg tapi itu lahh apakan daya , saya hanya mampu CUCI MATA . ouh , kesian sungguh bunyi nya kann ? HAHA !

dua , saya nak menunjuk lahh dekat orang saya ade beg cantik dan baru , kau hado ? HAHA ! okay , jujur sangat kann statement saya ni ? ^_^

tiga , dah takde sebab , dua tu je sebab saya nak menang . main purpose saya join kontez ni sebab sepet nak bagi beg free , walaupun saya takde harapan tapi at least saya cuba kann ? *sambil buat muka mengharap akan menang*




sekian , karangan rayuan hari raya saya pada tahun ni untuk Contest : Hadiah Hari Raya dari sepet88 ;)


jadi , aku mintak korang yang baca entry ni , pleaseee , tekan button like kat end of this entry . ajak lahh semua orang dalam friend list kau tekan like sekali . tekan sekali je . pleaseeee ^__^




sayang aku kann ?










iklan jap , btw, aku rasa nak bagi kad raya lahh , siapa nak , WAJIB tekan like pastu emailkan alamat ke inn_77@yahoo.com okay ?




jangan lupa LIKE tau .
terima kasih . pahala banyak time ramadhan ni . hehe ;D

Tuesday, August 16, 2011

.hobi kot.

lepas balik kerja , aku terus duduk depan PC .
nak online . hehe .
tudung , beg , sweather pe suma tak dan nak bukak .

tak lama pastu , ibu cakap ;

"ade orang pos laju tadi"
"eh dah sampai eh beg akak ?"
"ayah cakap ni mesti beli online ni"
"aah lahh , sekarang semua online . akak busy , mana ade masa nak pergi kedai. hehe ."

beg yang aku beli ni , dia 3 in 1 .
macam milo fuze plak en .
HAHA !

ade beg besar , sling bag dengan clutch .

"akak beli RM92 tawww . ada 3 beg dalam ni"

sambil keluarkan kesemua 3 beg dan tayang kat ibu .

"haa bak ibu satu haa"
"ehh mana boleh , akak bagi ibu beg tu eh"

aku tunjuk beg purple .
elok lagi .
baru gak lahh beli .
hehe ;D

ritu memang ade niat nak belikan beg untuk ibu jugak tapi duit dah short sebab member aku pinjam duit .
terus cancel niat .
eh bukan cancel , niat di bawa ke hadapan .
next salary eh bu .
hadiah birthday lahh ye ;)

ouh , birthday ibu 2/9 , yakni raya kedua ;)

lepas tu , aku tengok keadaan bilik aku .
bersepah , aku tengok segenap penjuru bilik aku .
aku nampak beg dan kasut yang boleh tahan banyak .
aku mengeluh sendirian .


"hobi aku kumpul kasut dengan beg rupanyaa"

















sejak bila aku bertukar jadi ladies ni ?
arghhh ~

Sunday, August 14, 2011

.all time favorite.

Kes Satu .



bila aku post tentang resepi , okay , ramai yang komen .
ce aku post pasal lain , tak de komen langsung .
okay , agak sentap disitu . tapi aku buat buat tak nampak je .
sebab tu , aku dah takde mood nak update blog .
*nampak sangat nak attention. HAHA !* 
tunggu lahh , nanti ade resepi lain , aku update ye ;)

 Kes Dua


ini top referral blog aku .
yang aku kotakkan tu , aku hairan weyh , cene boleh jadi referral .
aku pergi gak kat link ni tapi takde pulak sebarang backlink untuk aku .
arief , boleh terangkan ?










 sekian , melaporkan ;D

Saturday, August 13, 2011

.nasib baik hayat panjang lagi.

aku ni memang hari hari bagi idea kat ibu masak apa untuk buka dan sahur .
sebab kata ibu , dia penat nak fikir nak masak apa .

tapi aku dengan berlagak nya cakap kat adik adik ;
"tengok , semua yang aku cakap , ibu masak tahu " sambil gelak dengan nada riak .
sebab konon perasan ibu menurut semua permintaan aku SAHAJA .
HAHA !

beberapa hari lepas , aku mintak ibu masakkan nasi lemak untuk sahur .
huh . lama pulak tak makan nasi lemak .

jadi , sementara ibu ke kedai beli kelapa , aku ditugaskan untuk membuang biji cili kering .
sedang aku menggunting cili kering itu , mata aku gatal .
bukan gatal yang gatal macam pandang pakwe ensem tuh eh ;D
maka , aku dengan BIJAK nya telah menggosok mata guna tangan yang dah CONFIRM bergelumang dengan CILI .


lepas tu , kau mesti tahu apa jadi kann ?




menggelupur aku curah air dalam mata .
lepas tu , aku keluar dari toilet, cari ais .
letak kat mata yang pedih .
tak jalan .
HAHA ! bijak betul kau ni innz , guna ais ye ;D

sebab pedih sangat , sakit pun ade , panas lagi .
aku NANGIS .
siot betul .

"wuu ~ sakit lahh bu"

ibu suruh aku amik gayung , celup muka dalam air sambil bukak mata .
its working !
keh keh keh ;)


tak lama pastu , aku rasa satu muka aku panas je .

"muka akak panas macam tadah muka kat api plak haa"
"letak minyak kelapa kat keliling mata tu"












tapi sekarang dah okay .
perghh ~ first time kot .
bangang jugak aku ni kann ?
HAHA !



mencik kau cili kering !


*tetibe, padahal salah sendiri ;p*

Wednesday, August 10, 2011

.wordless wednesday #3 | the real bunga telur.




Monday, August 8, 2011

.ResepiBujang : puding triffle.

kak mas asyik sebut pasal triffle ni .
aku tak pernah dengar , makan apatah lagi .

semalam , aku gugel lah resepi ni .
ingatkan malam semalam nak buat tapi dah keluar dating dengan alif , terus lupa .
HAHA !
eh bukan lupa tapi buat buat lupa .

baru hari ni berkesempatan nak laksanakan hajat .
balik kerja tadi , terus singgah kat family store , beli bahan bahan .
mudahh je nak buat dia ni .
dan sedap .
aku dah makan 2 mangkuk dah .
heee ^___^




okay , bahan bahan yang diperlukan .

  • 1 bungkus swiss roll (ikut kau lahh nak perisa ape)
  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 1 tin susu cair (aku guna yang full krim punye, gila lemak berkrim disukai ramai triffle aku ni . HAHA !)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin fruit cocktail (boleh guna nata de coco jugak)
  • 1 kotak serbuk agar agar (aku pakai serbuk agar agar NONA perisa strawberry)

cara cara nak buat pulak .

  1. potong swiss roll dan susun dalam bekas . jadikan as base lahh .
  2. siram kan jus fruit cocktail ke atas swiss roll . jus ni air yang dalam tin tu lahh ye . kau siram je . jangan sampai berendam plak .
  3. masak kastard dengan cara campurkan susu , gula dan tepung kastard . kacau sampai dia mendidih dan pekat .
  4. bila kastard dah sejuk sikit , letakkan kastard as second layer atas swiss roll tadi .
  5. lepas tu , letakkan fruit cocktail atas kastard tadi .
  6. masak agar agar pulak . ikut lahh step dekat belakang kotak tu ye .
  7. lepas agar agar masak , kau curah pulak agar agar tu as final layer .
  8. sejukkan dalam peti ais and its done !
  9. kalau nak decorate , boleh letak buah atas agar agar tadi . ikut kreativiti sendiri lahh ye ;)




aku buat kan semangkuk untuk alif , tapi dia tak jadi jumpa aku pulak .
ouhh sedih .
tapi triffle untuk dia aku dah makan .
HAHA !


okay lahh , itu aje .
selamat mencuba ;)



Friday, August 5, 2011

.kanak kanak dulu lagi BEST dari kanak kanak sekarang.

aku tanya kat kak mas semalam .
kebetulan semalam hujan lebat di seremban .

"masa kecik dulu , akak pernah mandi hujan tak ?"
"selalu kot "
"tu lahh kan , kalau hujan lagi lebat , lagi best, budak sekarang , tak dapat de"
"aah , bebudak sekarang , kalau keluar time hujan , confirm kene marah"


itu lahh perbezaan budak dulu dengan budak sekarang .
sekian .








booo untuk budak sekarang ,
HAHAH !

.menu berbuka 5 ramadhan.

semalam , aku cakap dengan ibu nak makan soto .
ibu diam je .
aku ingat dia tak nak buat .

sekali , aku balik kerja petang tadi , ibu tengah masak soto .
wee ~ seronok ~

makan besar rini .
ibu masak jugak nasi berlauk .
ayam masak kurma .
soto lagi .
syok kann ?

masa tengah siapkan meja untuk berbuka , aku cakap dekat adik aku , jangan amek cawan aku .
sebab aku pakai cawan besar .
kau tahu cawan ape ?


cawan air coke mcd .
HAHA !
large punya .
besar kann ?
HAHA !


tapi sekali sedut je air coke dah habis .
sebab tinggal suku je .
air coke malam tadi kot .
HAHA !



okay , asal banyak HAHA ?

HAHA lagi .


kbai ;D

Thursday, August 4, 2011

.akak farah.

"akak farah , kak ngah lapar lahh"

usai aku solat zohor , itu lah ayat yang keluar dari mulut kak ngah .
dia baru 5 tahun tapi dah kena puasa penuh .
2 hari pertama , kesian aku tengok .
nangis nangis lapar .
tapi hari ni merengek je .

kak ngah tido kat workstation kitorang petang tadi .
aku tahu dia mengantuk .

time aku nak balik , dia ikut je aku .
berkepit dengan aku .
merengek lagi cakap lapar .

"kak farah , kak ngah lapar"
"jangan macam ni kak ngah , dua jam je lagi, lepas buke nanti kak ngah makan banyak banyak ye"

puas gak lahh , nak pujuk dia ni .
budak kecik kann ?
nangis je modal dia .

budak kalau dah nangis , aku pun turut kesian .
buat buat cekal hati je lahh .
hehe ;)








"kak ngah , kak farah rindu lahh"
kak ngah senyum sambil datang kat aku .


comel lahh kak ngah ni ;)

Wednesday, August 3, 2011

.rindu pada mereka (bloggers).

#1 - Oranglidi 

entah . saje nak rindu dengan dia . tak boleh ?
HAHA ! dia seorang kawan yang seronok okay .
hye OL , TAT sehat ? ke dah nazak macam NABIL aku ?

#2 - Fariq

fariq juga seorang kawan yang seronok .
second blogger yang aku tengok wayang bersama .
first blogger , jangan kau tanya siapa . HAHA !

#3 - Kaizen

mamat ni walaupun sekampus tapi jarang nak nampak .
asal nak jumpa je , ade lahh hal dia .
tapi memang dah berbulan gak lahh tak jumpa .
hoi hoi kat fb tu selalu lahh .
kaizen juga kawan yang seronok sebab selalu agree dengan aku .
heheeee ;D



okay , buat masa aku menulis ni , aku rindu 3 orang ni jelahh .
bila lahh dapat jumpa korang bertiga and ngedate sesame .
hehe ;)
semua pun duduk jejauh , except for the kaizen yang sekampus tu lahh .
tapi umah dia pun kat sabah ape .
lagi jauh .
HAHA !



may our friendship long lasting kayy ;)

Tuesday, August 2, 2011

.happy sekejap.

ahad malam isnin ritu , keluar dengan bie .
makan McD .
seronok ~





aku tahu , sayang aku tak berbalas .
tapi at least , dia masih nak kawan dengan aku .
sukaa ^___^

hadiah ramadhan ?
;D