Meet This Blog In Facebook !

Sunday, July 31, 2011

.my first salary.



alhamdulillah .
dah sebulan aku kerja .
dan ini ganjaran yang aku dapat .
tak banyak tapi okay lahh .

aku nak buat ape je .
dok umah , mana ade tanggungan nak bayar kann ?
semua ditanggung adalah .
HAHA !

aku ingat nak beli smartphone .
kawan kawan aku berlagak gila boleh BBM lahh , FB 24/7 lahh , sebok mintak BBpin bagai .
heh .
mencabar betul .

tapi fikir fikir balik , MEMBAZIR lahh .
diorang uh beli , mak bapak yang bayar .
aku malu lahh nak mintak duit ayah , nak beli handphone .
macam loser je rasa .
dah besar , boleh cari duit sendiri tapi masih nak mintak duit ayah .
lain lahh kalau aku ni anak tunggal ke kann ?
HAHA !


okay .
duit ni aku dah sentuh RM20 , beli topup dengan magazine .
yang lebih tak tahu nak buat ape .










ouh , selamat berpuasa ;)





.stop being hypocrite !.

kau tulis status dekat fb , macam kau ni angel sangat .
bila cakap pasal perempuan , macam semua salah perempuan .
macam lelaki ni the best and perfect creature of the Almighty .

latest status kau bercakap pasal Khairul Fahmi putus tunang .
situasi KFCM dengan kau , serupa je weyh .

der , orang lain maybe tak tahu cerita kau kat sini .
tapi aku dan beberapa orang lagi tahu .

kau clash dengan girlfriend yang kau dah serious with before hanya untuk perempuan yang free hair , berperangai jilaka , used to be lesbian before .
urgh ~ aku tak boleh terima .

aku tak boleh terima bila kau post status seumpama itu .
hipokrit tahu .

lagi satu , kau post status cakap pasal kawan .
aku memang fed up dengan kau dari dulu lagi .

kau nak cakap , kau lahh kawan terbaik yang wajib setiap insan di muka bumi ini ada .
orang lain semua terkejar kejar nak kawan dengan kau .
tapi hakikatnya ?


kau cuma mengambil kesempatan dari kawan kau .
aku tahu itu semua .


kau lagi seorang PELAKON terbaik .













ouh man , ibu pesan , jauhkan diri dengan orang macam ni .


Friday, July 29, 2011

.ramadhan is coming.

nak puasa dah next week kann ?
wan hari hari cakap pasal puasa .
naik hafal aku soalan dia suma .

ate , soalan berulang .

"senin ni kito puaso kan ?"
"iyo wan"

setelah 4 tahun aku berpuasa di perantaun (lah sangat) .
akhirnya tahun ni aku kembali berpuasa sebulan di rumah .
macam jaman marin .
eh , jaman den skulah dulu .
HAHA !

cuma bezanya , dulu skulah , skang kojo .
kih kih kih ;D

tahun lepas , aku post cerita sedih kann during ramadhan .
alaa , takkan tak ingat ?
cerita abang baby tu .
hehe ;D

tapi tahun ni aku tak tahu nak post ape .
since aku pun tak banyak masa spend kat internet ni ha .

nanti aku fikir kan .
cerita sedih atau tidak , itu tosorah kek den lahh yo .
tahun ni tade lahh buka puasa dengan blogger famous ke , gathering dengan blogger ke .
since aku pun kat seremban .
plus , blogger seremban pun sumo eh memalu .
aku pun malas nak buat pape .
hehe ;D

aku ade gak idea nak buat gath buka puasa dekat seremban ni , tapi tengok respon lahh dulu .
ye lahh , aku kan bukan blogger femes , orang pun tak endah .
sekadar di pinggiran air sahaja .
HAHA !

lepas tu , aku rasa raya nanti macam nak buat BBQ kat PD .
siapa nak join ?




















okay. tade sape nak join .
agak dah =.='


















#kthxbai




Wednesday, July 27, 2011

.positive changes , maybe ?.

banyak yang aku perasan dah berubah dalam diri aku .
let's check it out !

#1 : talk active .

der , aku dah tak banyak cakap macam dulu .
kalau dulu , siap boleh berebut nak bercakap .
kawan aku nak cakap , aku pun cakap .
tak pun , kawan aku diam , aku je bercakap .
memang tak kasi chance langsung nak bagi kawan bercakap .
kadang kadang sampai aku mengeluh penat sebab bercakap .
"eh jap , penat lahh cakap"
I'll do the talk , u just listening , okay ?

sekarang , aku lagi prefer jadi pendengar dari bercakap .
senyum dan gelak if necessary .
hehe ;)

itu paling ketara .
sampai kan orang ingat aku pendiam .
what the fuuu ?
farah pendiam ?
salah orang ni .
HAHA !

#2 : panas baran .

ini sangat pelik .
aku dah reti control panas baran aku .
kalau dulu , boleh kata every minute , aku akan menjerit dekat sesiapa yang aku tak suka .
kira aku ni jenis out spoken lahh .
aku tak suka , cakap je tak suka .

sekarang , aku banyak diam dan sabar je .
orang buat aku , aku simpan je .
bahaya okay .
tak elok untuk kesihatan .
actually bukan apa .
aku MALAS nak bertekak sekarang .
penat okay .






bila marah , orang boleh hilang pertimbangan kan ?
kalau aku buat salah dengan ibu / ayah , aku rasa berdosa gilaa .
rasa macam tak dapat masuk syurga dahh .

sebab tu aku heran kenapa ada orang yang kurang ajar dengan parents .
kau ni tak takut dosa ke ?

parents kot .
bukan kawan dowhh .

jangan menyesal di kemudian hari sudah lah ye .











eh btw , aku single lahh .
mesti kau tak percaya macam dia jugak kann ?
HAHA !

.wordless wednesday #2 | enjoy your meal.






Tuesday, July 26, 2011

.lepas habis kerja nanti , aku pasti merindui mereka.

tajuk tak nak panjang pulak kann .

eh , hye korang ~
sorry lama tak update .
aku takde idea lahh .
ni pun nak cite pasal kakak dengan kak ngah lagi .
hehe ;)

setiap hari pergi kerja , aku dengan kak mas mesti tak sabar tunggu diorang balik dari tadika .
diorang buat aku dengan kak mas tak bosan .
even kadang kadang uh geram dengan diorang sebab jenis lasak , tak dengar cakap .
tapi still lahh aku sayang diorang .
macam dah kenal lama dah .

setiap hari kakak akan tanya aku "akak farah puasa tak hari ni ?"
kalau aku jawab tak , dia akan tanya balik "kenapa tak puasa ?"

kakak dengan kaka ngah ni banyak cakap .
compared dengan odah , adik diorang , tak banyak cakap .
tapi bila odah cakap , comel sangat .

Aku : odah nak buat ape tu ?
Odah : nak long ye (nak tolong je)

odah ni pelat . cakap pun hujung hujung suku kata je .
ouh , nama odah is Raudhah .

semalam , aku tak boleh solat .
tapi kakak sibuk ajak aku solat .
puas aku cakap yang aku tak boleh solat .
last last , aku ikut jugak .

aku ajar dia amik wudhu' lepas tu ikut sampai kat tempat solat .
time uh kak mas tengah solat .
aku suruh dia ikut kak mas , aku tengok dari belakang .
tapi kejap je , sebab kak ngah datang pulak nak kacau .
terus aku grab kak ngah , ajak pi tempat lain .

hari ni macam mengantuk gilaa buat kerja .
yang kak mas dah tanya "budak budak ni tak balik lagi ke ?"
aku dahh  hehehe ;)
kak mas rindu diorang lettew .
HAHA !



*tinggi ke rendah : kakak, kak ngah, odah*


aku pelik ahh , kalau aku duduk sesaje kat rumah , macam mencurah je idea aku nak tulis dekat blog .
tapi bila aku beraktiviti , macam blank pulak otak aku .
pelik dowhh ~




Saturday, July 23, 2011

.Nabil kene langgar !.

kejadian berlaku masa ondeway nak pergi kerja .
aku dah lali dah dengan sikap pemandu kereta yang suka bagi signal time nak belok .
akibatnya siapa yang kat belakang dia kena brek emergency .

dan pagi tadi , aku adalah antara yang kene brek emergency .
depan aku wira yang super lembab .
nak potong tak boleh sebab jalan busy .
jadi , aku setia je follow kat belakang .

depan wira uh exora ke alza tah .
dia yang bangang sebab bagi signal lambat , berhenti tapi tak masuk simpang .
sebaliknya dia jalan terus .
wira brek emergency .
aku brek emergency .
belakang aku motor juga brek emergency tapi DIA DAH LANGGAR NABIL !

fuck .
aku rasa dia langgar tapi aku tak dengar pape yang atah ke ape .
jadi aku tak berhenti .
aku sempat tengok orang tu , penunggang motor yang langgar Nabil slow .
lama lama hilang .
takut lettew .

sampai tempat kerja , aku tengok lahh apa yang di langgar .
dia langgar plate number aku .
PATAH gilaaaa ~












okay , hati aku turut patah tengok Nabil cedera :(

Thursday, July 21, 2011

.kanak kanak comel sembahyang.

Aku : jom kak ngah , kak farah nak sembahyang .
Kak Ngah : sembahyang lagi . haaa jom, kene amik air sembahyang dulu .
Aku : pandai pun kak ngah .

Aku dengan Kak Ngah pun berduet ke toilet nak amik wudhuk .
Kak Ngah terus basuh muka , lepas tu dia pandang aku , senyum senyum .

"kenapa?"
"lepas basuh muka, apa eh ? Kak Ngah lupa lahh"

aku senyum sambil tunjuk steps seterusnya .
comel betul Kak Ngah ni .

masa dekat tempat solat , Kakak datang .

Kakak : haaaa buat apa ni ?
Aku : nak sembahyang .
Kakak : Kak Ngah pun nak sembahyang ?
Aku : aah .
Kakak : kakak pun nak sembahyang jugak .
Kak Ngah : kalau nak sembahyang , kene amik ar sembahyang dulu .
Aku : jom pergi amik air sembahyang .

kakak tahu cara nak amik air sembahyang .
tabik spring aku dekat budak 2 orang ni .
masa aku pakaikan Kak Ngah telekung , comel gilaa dia .
muka kecik je .
rasa nak cencium je .
HAHA !

tapi masa sembahyang , aku kene repeat sebab tergelak .
Kakak dengan Kak Ngah asyik tengok muka aku je .
nak tengok aku buat apa lepas tuh .

kelakar pulak bila ingat balik .
tapi diorang senyap je time sembahyang .
oke , tipu .
memula senyap lepas tuh dah gelak tapi tak kuat .

seronok layan diorang ni .

setiap hari , aku mesti cium Kak Ngah sebab dia suka pakai bedak adik dia .
adik dia baru setahun .
wangi .
bedak baby pureen kalau tak silap .
tadi aku cium dia tapi tak bau bedak uh .
aku suruh lahh dia pergi pakai bedak .

Aku : Kak Ngah tak wangi pun rini . pergi pakai bedak dulu .

dia turun dari pangkuan aku , terus pergi cari bedak .

tak lama pastu datang balik .
aku cium lahh balik .

Aku : tak wangi pun .
Kak Ngah : bedak takde, Shauqi bawak . Kak Ngah pakai minyak wangi Pak Teh .
Aku : heh ? tak wangi pun . 

Shauqi uh adik dia yang setahun tu .









Kakak dengan Kak Ngah selalu tolong aku dengan Kak Mas buat kerja .
seronok .
tapi kadang kadang uh geram gak bila buat sepah .
mula lahh aku nak jadi singa .
tu yang Kakak kata ;
"kak farah ni garang macam mama lahh"






okay , aku terdiam .
HAHA !




Wednesday, July 20, 2011

.majlis pertunangan ahad ini.

kalau lahh boleh escape kan ?
tapi tak boleh .

rasa macam tak ready lahh pulak .
dengan badan tak sihat sepenuhnya .
suara pun tak elok lagi .
cene ni ?
wuu T___T











ahh , dah macam kau pulak yang nak bertunang innz oi .
ku pang kang .

kazen tersayang nak tunang .
aku pulak yang kecoh .
HAHA !

aku bukan fikir apa , aku fikir masalah MASA .
memang sekarang masa aku hanya KERJA .
balik rumah , badan dah letih , lepas mandi , solat , makan , terus tido .
oaky tipu .
kalau tak , cene aku boleh online fb dan blog .
HAHA !

aku dengan ibu plan nak buat cupcakes untuk hantaran kazen aku uh .
asyik bagi buah je , meh aku tunjuk kehebatan aku buat cakes pulak kann .
kompom menangis rombongan kelantan tu nanti .
HAHA ! poyo plak ;p

aku ingat nak buat #wordlesswednesday tapi .............
tak de gambar la pulak .
tak sempat nak snap any pictures .
busy merempit lelaju .
ape pun tak boleh innz ni .
hee ~


merepek pun okay ;D
babai ;)

Tuesday, July 19, 2011

.kisah saya dan Nabil.

takde cerita .
aku dah blank .
nanti edit balik , kalau dah ingat lahh .
HAHA !


Monday, July 18, 2011

.jangan rapat dengan orang macam ni.

last week , masa tengah buat kerja , aku tanya la kat kakak yang keje same dengan aku .
"akak ade tak kawan yang suka backstab kawan ? macam depan akak dia buruk burukkan kawan dia tapi depan kawan dia tu, dia berlagak angel"
"ada je . bla bla bla (tak ingat dah dia cakap ape)"

aku ade lah kenal dengan seorang ni .
perempuan .
nak kata rapat tu , tak de lahh rapat macam aku dengan dena .
setakat nak kawan tu boleh lahh , nak rapat , mintak simpang lahh dengan perangai macam tu .
silap hari bulan , aku pun kene sailang nanti .
eh , sailang ke ?
HAHA !
hentam je aku guna perkataan uh .
thee ^__^

aku macam biasa lahh , memang pesen tak suka orang tu , tak suka orang ni .
HAHA !
aku bukan sesuke eh tak suka orang tu .
aku tak suka dia pun sebab dia ada buat hal dengan aku .
senang cerita , menyakitkan hati lahh .
kalau setakat kau cubit manja hati aku ni takpe , ini kau hiris pakai pisau baru beli kat giant , memang kompom aku tak suka kau .

al kisahnya , perempuan tu kawan baik dengan budak yang aku tak suka ni .
dia lahh yang claim dia kawan baik kepada budak itu .
tapi dalam masa yang sama , bila aku cakap aku tak suka budak tuh , dia pun turut setuju dengan aku .
cakap dia pun tak suka budak uh .
aku dah pelik dahh .
bukan kau kata kau best friend dia ke ?
asal tak suka pulak .

lepas tu , aku saje lahh bakar line .
aku cakap lahh perangai budak tuh yang aku tak suka , dia pun setuju lagi .
aku dah macam ehh , kau kenapa ni ?

lama lama aku kenal perempuan ni , dia memang HIPOKRIT .
depan budak tu , pijak kuman pun tak mati bhai , siap boleh elak lagi , tapi belakang budak tu , macam perangai kau eh .

HAHA !

sorry lahh aku nak rapat dengan kau .
kalau budak tu yang kau claim as your BFF , kau boleh buat macam ni , dengan aku tah tah lagi hebat kau buat cerita kann ?
silap silap entah apa cerita aku yang kau dah reka dekat orang lain .
pehh ~
kau memang bukan kawan yang baik .

patut lahh hidup kau asyik bermasalah .
status kat fb pun asyik nak memaki hamun orang .
macam kau seorang yang betul  .
HAHA !
sangat menyedihkan lah kau ni .


what you give , you get back lahh babe .








biar kawan seribu , kasih biar satu .
tak relevan dahh weyh .
kalau seribu tu , perangai macam malaikat bertopengkan syaitan , tak de guna .
biar kawan satu , tapi sejati .






okay . done with merepek - ing .













sakit belakang =.='

Saturday, July 16, 2011

.bukan tak nak update.

bila last update ? bila ? bila ?

what ?
wednesday ?
hari ni hari apa ?
what ?
saturday ?
huh .
dah berapa hari skip ni ?
perghh ~

okay , tak yah nak gelabah sangat lahh weyh .
kau ni , ku pang kang .
HAHA !

bukan tak nak update entry .
ala , bukan ada yang heran pun kann ?
aku ade je online hari hari , cuma bila masa online tu tak lama .
tu pun aku on facebook , update status sebaris dua , lepas tuh tengok tv , itu pun kalau ade cerita best .
kalau tak , aku terus tido .
melantuk bhai ~

cerita apa ya ?
hurm ..

malam semalam , aku tengok cerita KL Gangster dengan Karak .
hadoi lahh , baru nak tengok kan .
sebab adik aku baru burn cd .
hehe ;D

aku tak puas hati betul dengan karak uh .
cerita lambat , satu hal .
dah macam cite dalam botol pulak .
banyak scene diam je .
so bored =.='

lepas tuhh yang paling tak puas hati , ending dia boleh SAMA pulak kann dengan Khurafat .
haih ~
kan ending dia , mati time excident tapi still boleh hidup .
tak macam khurafat ke tuh ?
tengok mayat sendiri ?
grr ~

KL gangster , hurm , boleh lahhh .
yang best pun zizan kann .
bang long dil . hiks .
"eh sial lahh , ptuihh"




okay lah , dah tade cerita .
rutin harian aku sama je .

eh , satu lagi .
tadi aku balik kerja , ade bag plastik atas katil .
bukak tengok , ada baju kurung .
waaaa ~ ai dapat baju kurung baru .
kaler hijau nyahh .

suka nih (sebut macam jai sebut "seram nih" dalam KL Gangster ye)

memang untuk pakai kenduri tunang kazen tersayang aku ahad depan pun .
sukaaaa ;)

ni lahh untung anak perempuan sorang .
ibu dapat baju baru , ai pun dapat .
hehe ;D


jangan zeles .
HAHA !


eh , dua lagi .
aku sekarang tak sehat .
batuk , demam , selsema .
dan ayah pun dah bekal kan ubat ubatan untuk aku .
dan suara pun ala ala ella gitu .
serak serak basah yang jadi stok bahan kengkawan .
heh .

okay , nak pergi makan ubat .
take care .
jangan sakit sakit macam aku ;)





Wednesday, July 13, 2011

.terima kasih awak.

bila someone kata "ko jangan kaco aku lagi"
dia betul betul memaksudkan nya .
jadi , jangan kacau dia lagi .

terima kasih awak sebab jadi kawan saya untuk beberapa bulan ;)
have a blast !



nak marah tapi tak elok .
kan pagi lagi ni .
kang rezeki susah nak lekat .
^____^

off to work !

.wordless wednesday #1.




Monday, July 11, 2011

.berpuasa di rumah.

dah lameeee tak puasa time kat rumah .
memandang kan puasa ganti aku belum habis (hik hik hik) , jadi hari ni aku pun puasa ;)
okay , seremban damn hot today .
salah hari plak .
dah lah kerja .
memang lembik ah aku rini .
nasib baik kak mas sangat memahami .
thee ^___^

"farah tuh penat lah tuh , diam je rini"

sumpah gua penat + lemah = diam .

tadi kakak ajak lunch sekali .

"kak , jom lah makan sekali"
"kak farah puasa rini"
"orang belum puasa lagi, akak dah puasa, ape lahh"

erk , aku kena balik .
HAHA !

terasa nak makan mee kari time buka puasa .
lepas je kakak cakap macam tu , terus aku text ibu , demand nak mee kari untuk buka puasa .

"ibu, nak mee kari tuk buke nanti, hee"

aku takde lah mengharap sangat .
sebab aku rasa ibu pun mesti dah masak lunch dan malas nak masak mee kari dah semata mata untuk aku kann .
HAHA !

jadi , aku balik dengan harapan yang kosong .
janjo dapat 100 plus sejuk sudah .
tapi disebabkan aku yang sangat lembik + malas , takde lah 100 plus .
aku buat air oren je .

balik rumah , tengok atas dapur ade mee kuning dan note ibu suruh celur mee .
lepas tuh nampak senduk bekas kacau kuah kari .
okay ! HAPPY !


ibu tunaikan permintaan aku .
hee ~




TERIMA KASIH IBU <3

kalau puasa kat hostel , tak dapat de nak dedemand macam ni .
kau makan je lah apa yang kau beli .
aku dah muak bertahun makan benda sama .
heh .







.no wonder lahh.

ouh patut lah aku ajak keluar , aku tolak .
rupanya kau dah ade so called kasih sayang .
boleh plak share share account facebook bagai .
terbaik ah der .
HAHA !

lantak kau lah bhai .
ade gua kesah ?
selamat pengantin baru walaupun aku tahu kau belum nikah .




di kesempatan ini  , saya Misshy Innz , merangkap tuan empunya Diari Budak Malas , ingin merakamkan setinggi perhargaan dan terima kasih kepada mereka yang rajin mengomen entry , sentiasa berada di sisi time saya sedang dilanda emosi hari itu , jiwa kacau bagai , bertanyakan "kenapa tak update blog" , guest yang meninggalkan jeritan dia shout box dengan mengatakan "I like your blog, keep it up" dan lain lain .

Misshy Innz sangat terharu dan berasa diri ini begitu dihargai .
terima kasih ye .


okay , sekarang jam menunjukkan jam 1242 pagi .
Misshy Innz harus masuk tidur .
pagi kang kul 720 pagi , Misshy Innz harus bangun untuk bekerja .
selamat tidur semua ;)

Sunday, July 10, 2011

.hai kanak kanak comel.

aku bukan lah pencinta kanak kanak .
nak nak lagi kanak kanak perempuan .
sebab mereka ni manja .

lagi lagi kalau yang kuat menangis .
rasa nak lempang bagi diam .
tapi lepas lempang , dia bakal diam ke ?
HAHA !

tapi disebabkan aku agak pandai berlakon konon konon suka kan kanak kanak , maka , aku layak di anugerahkan pelakon wanita bawah 25 tahun terhebat .
sebab ia nya menjadi !

majikan aku ada cucu .
kadang kadang lepas sekolah , diorang akan datang dekat work station aku untuk ajak bermain sebenarnya tapi disebabka aku sedang bekerja , mereka ajak berborak je .
kadang kadang buat konsert depan aku .
menari menyanyi bagai .
nasib baik lahh korang comel .
sorang kakak , sorang kak ngah .
yang kakak , 6 tahun , yang kak ngah 5 tahun .

kak ngah ni bila tersenyum , amatlah comel .
yang kakak pulak cantik sangat .

semalam aku tengah sikat kan rambut kak ngah sebab aku tengok dah serabai dah budak tuh .
lepas siap ikat rambut kak ngah , kakak pulak datang .

"tolong ikatkan rambut kakak jugak"

alololo ~ comel nye korang .
aku layan kan aje .

lepas habis kerja , diorang ajak main pusing pusing pulak .
poning acik jap ha .
aku rasa aku ni macam buaian berpusing yang kat pintu masuk genting theme park tu plak ;D


dapat kekanak yang okay , okay lah .
kalau yang jenis menyombong  tu , tak dapek nak layan tu do .







esok isnin .
apo kojap na ahad ni ?
grr ~




.first time kerjaaa.

currently I'm doing part time now .
oi , nak raya oi .
banyak nak pakai duit .
kang tak boleh nak bervoge kalau tak dak duit .
ye dak ?
HAHA !

ouh , dengan kawan nak kahwin lagi lepas raya  .
koman koman sepasang persalinan untuk malam pertama wajib ku hadiahkan pada beliau .
dengan duit minyak kereta lagi .
kot ghumah eh kek somban takpo , ni aa kek jompo .
paham ke tidakk ?
HAHA !

bila lagi nak melaram bak model kalau bukan di hari lebaran .

jangan lah kau tanya ape kerja yang aku lakukan .
yang pasti ia ditanggung halal dan sedap .
aikk , sedap ?
HAHA !

aku kerja dekat senawang .
15 minit gak lah dari rumah .
depends on traffic .
selalu aku bawak motor je .
berguna jugak Nabil kat sini .
tak sio sio den bawak kau balik ghumah dari KL ritu .

majikan aku ni memang pure negeri sembilan .
kalau bercakap pun memang loghat negeri lah .
baru 5 hari aku kerja tapi aku asyik nak bercakap guna loghat negeri je .
hilang slang KL aku ni aa .

sok kot tongah beburak ngan den , jangan tokojut plak yo .
hehe ;D

aku kerja dari kul 830 pagi sampai 530 petang .
6 hari seminggu .
ahad , aku off .
tapi selalu aku gerak balik pukul 600 - 615 petang .
dalam 630 tuh aku dah kat rumah lahh .

penat ?
kerja apa yang tak penat weyh .
biasalah tuh , tapi kerja aku ni tak fixed sangat .
flexible , boleh buat ikut suka hati nak buat apa .
nak makan , minum, main, solat, ikut suka lahh .
enjoy, janji kerja jalan .
thee ^___^

lagipun , aku memang suka bidang kerja aku sekarang .
and aku harap sangat aku learn something beneficial from my very first work experience ni .

fizie pelik je bila aku cakap aku dah kerja .
in fact semua orang pun macam tak percaya aku kerja sebab aku memang TAK PERNAH kerja before .
aku lebih suka melepak kat rumah .
tapi entah kenapa , cuti 2 bulan ni , aku rasa aku nak kerja pulak .
padahal kalau ikutkan , mesti lah aku lagi malas kan .
sebab bulan depan dah puasa .
dengan cuaca kat seremban yang panas gilaa + puasa, kompom lembikk ahh aku .
HAHA !

untuk korang yang bertanyakan hal blog aku , yang mintak tutorial ke ape ke , sorry lah eh .
seyes penat weyh .
aku balik petang , kerja dari pagi , badan dah saket maket bagai , memang tak leh der nak ngadap PC ni lelama .
memang tido je solution terbaek .
hehe ;)















pada yang rindu kan update dari aku , ni ha , untuk korang .
panjang punyaaaa ;)
see yah !
take care taw , jangan nakal nakal ;)







Thursday, July 7, 2011

.susah ni.

tadi aku keluar sensorang .
tunggu fizie tak memuncul .
heh .

bawak kereta ayah yang besar uh .
kengkonon hajat nak bawa fizie jenjalan naik kereta baru .
sebab dia je belum rasa lagi naik FL uh .

dua tempat aku stop .
kengkonon nak tenangkan perasaan .
hamjad .
aku nangis pulak .

pergi lake garden , nangis .
tempat tu lahh aku selalu pergi lepak dengan alif .

pergi dataran , nangis .
tempat ni kitorang jarang lepak tapi entah lah .
meluncur laju bak roket air mata aku .
hadoii ~

tadi aku rasa aku drive dalam keadaan bahaya .
berKHAYAL bhai .
nasib baik kereta auto je .
jalan sampai seremban 2 .
tapi nasib baik (lagi) lah seremban tak macam KL .
jalan clear je .
kalau tak ... (sila sambung tidak melebihi 3 patah perkataan)





tadi aku dah nak lalu dah depan rumah dia .
tapi nasib baik waras lagi .





kau ni BODOH apa farah ?

Wednesday, July 6, 2011

.mimpi.

malam tadi mimpi bie .
lama .

bila bangun rasa nak nangis .
rindu .

kita rindu bie .
sumpah .

bie jaga diri lek lok eh .
rajin rajin tau pergi kerja .

Tuesday, July 5, 2011

.kesian diri saya ini.

ini post ke 2000 ;)


alhamdulillah , I got the job .
kerja apa ?
alaa, biasa biasa je .
yang pasti bukan kerja jadi promoter .

aku ni kann .
seorang yang semua benda pun nak cerita dengan kawan kawan yang aku selesa bercakap .
tadi jatuh tangga , makan nasi lauk tak sedap , aku dah dapat kerja , tadi jumpa orang itu , kat kelas kena tegur , nasi tumpah atas lantai , basuh baju tapi lupa nak sidai .
benda benda harian yang aku buat , semua aku nak report .
ntah , aku memang macam tu .

dulu time ada boyfriend, memang dia lah yang tukang tadah telinga dengar aku bercerita .
tapi bila time tak de boyfriend , aku suka cerita dekat kawan kawan yang aku rasa selesa bercakap dengan dia .
for example , alif , fizie , fariez .

aku rapat gak dengan abang saudara aku .
tapi aku tak rasa nak cerita kat dia .

since alif dah dump aku dengan selambanya .
dan fariez pulak seakan malas dah nak kawan dengan aku .
aku memburu fizie .
HAHA !

tapi sejak akhir akhir ni , dia pun dah macam fariez .
aku call tak angkat , mesej lagi lah tak balas .
tah lahh .
aku syak dia pun dah malas nak layan aku .

sehari dekat 10 kali kot aku call dia .
HAHA !
manalah dia tak malas kan .
asal nampak nama aku naik kat skrin , either ignore / silence / let the phone ring until it stop .

aku bukan apa , saja nak berborak .
aku kan tak de kawan dahh T__T
lagipun , aku percaya kat dia .

call banyak kali sebab dia tak jawab .



macam tadi , aku dah dapat kerja .
saje lah nak bagitahu dia .
nak share happy tapi ........
banyak kali aku call , tapi berselang sejam dua lah tapi hamjad .
satu pun tak berjawab .
hurm ~

sedih .
kesian aku .




beginilah nasib diriku tak berkawan .
ouh tuhan ..



esok kerja pukul 830 pagi dekat senawang . sekian .

Monday, July 4, 2011

.awal bangun rini , kak.

pukul 900 pagi , aku terjaga sebab rasa badan macam kene jemur dekat tengah padang .
HAHA !

wee ~ ade mesej lahh kat handphone ai .
*esaited sebab dah lama tak dapat mesej*

"salam. ni kak farah. ni nama sape ye? aritu ada datang interview ke ?"

ouh , kak farah yang malam tadi aku call tak dapat .
aku pun reply apa yang patut .
dia suruh datang interview dalam pukul 11 pagi .

aku sampai rumah kak farah tu dalam pukul 1115 macam tu .
sesat dalam taman punya pasal .

aku bab bab taman orang ni , aku fail sikit .
ce tanya mana jual cool blog , tu aku tahu .
HAHAH !

ouh , aku pergi taman marida , senawang .
sesat okay , padahal senang je cari rumah dia .
tapi itu lah first time punya pasal  , sesat besat .

sampai sampai je , orang yang nak interview aku takde .
dia dah keluar pergi seremban .
adeyhh ~

po nak buek laie ?
balik lahh .
kang pas zohor , den poie balik .







cuti 2 bulan meyh .
kene cari duit .
bil telefon tak bayar lagi haa .
adoii ~

Sunday, July 3, 2011

.walaupun blog saya......

boring .
takde input .
asyik entry merepek .

tapi ..

kau tetap datang baca entry aku setiap kali aku update kan ?
hehe ;)

dan ..

aku nak tanya .
apa yang membuatkan kau suka baca blog aku ?










jawab eh ;)
anggap lah kau nak buat aku ceria sebab hati aku tengah kacau ni .
sigh ~
again .
yahh ~

aku kan seremban .
bie kan kat seremban .
masih belum dapat lupa dia .



.the HOLIDAY begin.

hola !
aku dah kat rumah .
sebelum pukul 10 pagi dah sampai dah .
tapi kali ni , aku drive kereta dari KL ke seremban .
sebab Nabil , ayah yang bawak .
sebab ?
jangan tanya .
aku cuma mengikut arahan .

Ayah : kau bawak kereta , biar ayah bawak motor .

jalan tak jam .
sebab pagi ahad kan .
orang pun tak bangun lagi aku rasa ;D

bye bye KL .
see in september , insya Allah ;)




mari kita enjoyy ~

Saturday, July 2, 2011

.gasoline cafe, times square.

Gasoline Cafe , Times Square .
kat tingkat 3 .
no cafe , aku tak ingat tapi kat tingkat 3 lah ye .
pepandai lah cari .

kedai ni halal , tapi most of the customer chinese .
even the waiters sume pun chinese .
layanan tip top .

tempat makan , ada yang macam duduk atas kerusi , ada yang bersila .
kitorang ritu duduk makan bersila .
nice ;)



*welcome to gasoline cafe and here's the menu miss ;)*


*let's choose the food . hungry already . puasa kot ;D*


*yeay ! here's come my dinner*

butter chic mende tah nama dia .
dia rasa macam kari sikit , tapi gravy dia tu kaler macam kuah kurma kau tahu .
masin kot ;p

air chocolate shake shake nama dia .

price , aku boleh kata affordable lahh .
berbaloi dengan makanan yang kau order .
western kot ;p

Friday, July 1, 2011

.happy belated birthday, fara ;).

semalam baru berkesempatan celebrate my birthday dengan bestfriend .
aku , aiz dengan dena pergi Times Square .
makan kat Gasoline Cafe .
yang penting ice blended dia tak buat aku brain freeze macam kat Ayam Penyet uh .
HAHAH !

gambar semua dalam ipong dena .
dia tak upload lagi .
jadi tak de lah gambar masa kat cafe uh ye .

tapi ...
saya dapat hadiah .
yeay !
lama dah takde orang bagi hadiah kat saya ;p

*ini purse lama*

*ini purse baru*


dena bagi purse .
sehari sebelum birthday aku , aku pergi lunch dengan dia kat KLCC .
dia tanya aku nak ape .
aku cakap lah , nak purse .
brand ni pun , aku gak yang demand .
HAHA !
dah dia tanya , aku jawab je ;p





terima kasih ye dena dan aiz ;)

.ini post ke 1990.

.ini post ke 1990.
.hari ni jumaat.
.esok last paper.
.ahad chow balik uma.
.cuti 2 bulan.
.semalam dapat double hadiah birthday.
.semua di atas akan aku full update bila dapat internet.
.aku buat entry pakai non qwerty pad handphone ni bhai.
.peace yaww.