Meet This Blog In Facebook !

Saturday, April 30, 2011

.jangan dedahkan blog kalau nak amalkan sikap "blog aku , suka hati aku".

okay , tajuk kau nak panjang menjela eh innz.
siapa ajar ni ? grr ~

jadi blogger kau kene ;

kuat .
kalau kau suka ping blog ke merata tempat , kemungkinan untuk mendapat haters tuh besar kau tahu . jangan melenting bila ada anon kutuk kau kata blog kau tak best , merepek ,dan banyak lagi . aku dulu macam tuh gak tapi bila dah lama jadi blogger ni , aku dah OKAY ! =) bila kau ping blog , maknanya kau nak blog kau dikenali ramai . jadi , bersedia lah kau untuk hadapi segala cabaran . HAHA !

orang ni pelbagai perangai . kalau yang baca , tak puas hati ,dia diam atau bla , tak pe. kalau dapat readers yang jenis , dah baca, tak puas hati , lepas tuh mengutuk tak tentu hala , ini payah . kau memang kena banyak sabar =)

aku ni kategori pertama sebenarnya tapi ada seorang je blogger yang aku memang anti gila . tah lah. meluat tahap gaban . aku rasa kau pun dah tahu kann ? HAHA ! blogger lain okay jeh . mungkin sebab dia masih tak mintak maaf kot . tu yang terasa sangat . kau doa doa lah aku lembut hati nak maafkan dia . kalau tak , aku mati tak sempat maafkan dia, sia sia jeh hidup beliau . lalala ~

aku memang jeles dengan YUYU uh sebab dia naik dengan cepat . aku pun tak paham macam mana dia naik dengan cepat . mybe dia pakai lif , aku masih pakai tangga kot T___T . tapi aku tak benci dia . even aku tak follow blog dia , tak pernah komen  tapi hari hari aku baca entry dia . okay , kira aku silent reader lah eh . hehe xD

even aku dah tak kawan dengan ZACK tapi aku tetap follow up pasal dia . again , i'm a stalker. HAHA ! tapi tak de lah aku pergi terjah rumah dia ke, skodeng dia kat area seremban ni ke . ouh no . melampau benar tuh.

bak kata FATIN , cuba kawan dengan semua orang , and u'll find happiness in life . aku kawan je dengan semua orang tapi kadang kadang , syaitan ni hasut untuk rasa negative towards someone . haih ~ tak tahan godaan betul aku . aku bukan sengaja nak cari pasal dengan orang . tapi kalau dah aku rasa orang ni memang menjatuhkan maruah aku , takkan aku nak buat buat pekak dan buta . nampak sangat aku memang takde maruah . wuu ~ aku pun ada harga diri weyh . ingat orang kaya , femes je ke yang ada harga diri . ouh pehlis .

aku rasa suck sangat hidup aku bila tukar sekolah masa form 4 . first week , aku kena buli . first time ever . kalau sebelum tuh aku memang baik dengan semua orang . aku kawan dengan semua orang . tak pernah aku benci sesiapa tapi sejak tukar sekolah , hidup aku totally down ! semua gara gara kene buli . MEMANG ! kesan dia lekat sampai sekarang . sejak tuh , aku jadi seorang pembenci , dan aku dah pandai nak benci orang yang buat jahat dengan aku . hati aku mula sensitif tak menentu . semua salah bohsia bohsia yang dah rabak tuh . huh .

aku tak tahu nak salahkan siapa , aku jadi macam ni T____T . salah parents yang tukarkan aku sekolah ? salah aku yang tak pandai bawak diri ? atau salah kan sekolah yang tak de usaha nak banteras kes buli kat sekolah . aku kene buli dan aku jugak kene marah dengan cikgu . ini tak adil bhai !









HAHA !
kau perasan tak aku dah masuk sesi luahan perasan .
adoii ~ kelaut sudahh .
sorry . ;)
tapi macam lega sikit lepas tulis kat blog . thee ^__^

.10 things about me.

  • day one : 10 things about you
  • day two : 10 things you love
  • day three : 10 things you hate
  • day four : 10 things you want to say to one person
  • day five : 10 wishes
  • day six : 10 items you can’t live without
  • day seven : 10 important people
  • day eight : 10 of your favourite songs
  • day nine : 10 ways to win your heart
  • day ten : 10 final words

ini idea sherah , aku copy jek.
since aku pun dah hilang idea nak tulis ape .
asek taip , backspace, taip backspace .
baik aku buat benda ni .
siapa nak join , jangan segan silu .
buat je ;)

10 THINGS ABOUT ME


  1. anak perempuan tunggal yang selalu jadi mangsa chef paksa kalau adik adik kelaparan . dengan alasan mereka "siapa suruh kau jadi perempuan" 
  2. mempunyai lesen B2 dan D yang memandu kenderaan kepunyaan ayah 
  3. seorang pelajar lulusan PTS yang menyebabkan diri ini habis sekolah awal setahun 
  4. mempunyai bilik sendiri yang tidak dikongsi dengan adik adik yang lain . dengan alasan "siapa suruh adik beradik lelaki kau ramai"
  5. bukan seorang yang up to date dengan gadget/fashion
  6. tidak memakai pakaian/barang berjenama
  7. suka keluar bersendirian 
  8. seorang yang berdikari 
  9. jenis tak berkira dengan orang sebab sentiasa percaya "buat baik dibalas baik" dan "setiap kebaikan pasti ada ganjaran" dan "kedekut tak kan buat harta bertambah banyak"
  10. saya bagus dalam menjaga hati orang lain even hati sendiri cedera parah bagai dikapak . HAHAHA !






done !
korang pun , jom lahh join .
nanti aku share kan link korang dekat entry aku okayy ;)


thx sherah gojes !

Friday, April 29, 2011

.kuasa "well known blogger".

haritu , abang pojie terasa hati sebab contest yang dia buat tak dapat sambutan .
kalau aku jadi dia , aku merajuk okayy .
sebulan tak bukak blog (okay, ini tipu) .

dia ada cakap , kalau blogger pemes yang buat contest , tak sampai 1 jam , ada 100 yang join .
aku perasan gak .
tak yah cakap contest lah , apa apa aje yang blogger pemes buat , mesti senang dapat sambutan .
segmen ke , jual baju ke , promotion ke , memang meletop top top .
ramai jeh yang senang hati nak join .
walau pun tahu yang kau TAKKAN memang .
HAHAHA !

nampak tak kuasa well known blogger tuh BESAR ?

cara nak settle up masalah contest tak dapat sambutan :


  • ping kat merata tempat . kalau perlu , tepi jalan pun okay . hehe ;D ridiculous ah innz . maksud aku , ping lah kat semua ping site , club club kat fb , fb kau sendiri , fan page, groups, twitter . kalau boleh , mintak owner fanpage tuh ping kan entry kau , sebab kalau kau yang ping , orang tak tahu , tak naik kat feeds orang yang like page tu . kalau dia tak nak , UNLIKE FANPAGE tuh . HAHAHA !



  • mintak jasa baik well known blogger untuk promote contest kau . kalau dia tak nak , kat aku pun boleh . aku pun blogger 'pemes' jugak ape . HAHAHAHA ! JANGAN KAU NAK PERASAN FAMOUS OKAYY, INNZ .



  • pendek kata , buat promotion secara besar besaran . itu keyword dia sebenarnya =)




*blogger perasan famous . sile lempang guna pelempang saiz 2 jeh okay =)*


Thursday, April 28, 2011

.susah ni susah.

macam yang aku cakap dekat entry bawah ni punya bawah punya bawah lagi .
err 3 entry lepas lahh .
aku memang bukan seorang yang in dengan phone .
aku memang suka membiarkan dia seorang diri .
padan muka kau .
HAHA !

tapi ada satu perangai aku yang tak boleh blah .
kan handphone aku silent je manjang .
kadang kadang tuh , time aku tengah tengok tv , baring baring , aku selalunya akan text lah sesape yang aku suka .
lepas tuh , bila aku dah dapat INTERNET , aku tinggal je orang yang mesej dengan aku terkontang kanting .
maksudnya , aku dah tak reply mesej dia .
kejam tak aku ?
ditambah pulak dengan kesenyapan handphone ku .
jadi , double kejam .

aku memang tak kan cakap , "eh, i nak pergi main internet jap, ttyl k"
sebab aku konon nak jaga hati dia sebab kalau aku cakap camtu, aku bakal dibenci 7 hari mungkin .
jadi, aku buat buat lah konon konon aku tertidur walaupun baru pukul 8 malam .

lepas tuh orang tuh akan hantar mesej bertimpa timpa .
dan aku akan jawab pada keesokkan harinya .
dengan alasan "sory, i tertido malam tadi"
padahal ............ (sila isi tempat kosong)

disebabkan perangai ku ini , aku tak boleh nak marah orang kalau mesej aku tak di reply .
sebab aku tak nak kene perli "u salu jeh biarkan mesej i tak ber reply, jadi, u deserve it"
jadi, di situ , aku melatih diri untuk jadi SABAR .
selalu nya , apa yang aku buat dekat orang dan if one day kena balik dekat aku , aku tak marah .
sebab aku memang berpendirian "what you give, you get back"
itu lah hidup .
eh, dah masuk cerita lain pulak . ;p

tah lah, penangan INTERNET lagi hebat dari penangan MAKAN KFC sebab even aku tengah makan kfc pun , aku still boleh layan mesej lagi .
tapi tak dengan internet .
dia buat aku lupa semua benda .
kau rasa kenapa ye ?

.media yang semakin annoying.

kat rumah aku siaran tv tak berapa clear .
tak tahu salah kat mana .
nak kata dok ceruk hulu , aku kat bandar kot .
paling clear pun , TV3.
jadi , kalau pukul 8 malam tuh , memang berita kat siaran tu jelah yang kitorang satu family hadap .

aku bukanlah penggemar berita setia tapi lately aku tengok lah jugak sebab pukul 8 tuh bukan buat apa apa .
baik tengok berita , at least tahu pasal isu semasa .
tapi 2 3 hari ni aku and family memang getting creep out bila tengok berita ni .

first issue yang dia kan ulas about the so called sex video of anuar ibrahim .
Tuhan je tahu betapa MENYAMPAH nya aku bila dengar pasal benda ni .
eyhh hello , come on , aku bukan nak hadap cerita pasal stupid video ni okay .

masalahnya sekarang , HARI HARI dia akan keluarkan pasal berita ni .
and the SEX word is become so common nowadays .
don't you ever think what will be the consequences towards young kids ?
berita tu , orang tua je ke yang tengok ?

dalam rumah aku memang takde budak kecik .
semua pun dah faham tapi fikir jugak lahh untuk family yang ada budak kecik .
apa diorang nak jawab when the kids ask them "ayah, video seks tu apa ?" "abang, ini cerita pasal apa ?"
young child, memang mereka nak tahu semua benda .
ini salah satu dari proses pembesaran mereka .

even kat sekolah pun, cikgu galakkan students , baca newspaper and watch the news untuk tahu pasal isu semasa .
sekurang kurang nya bila buat karangan Bahasa Melayu , diorang ada idea .
tapi media sekarang dah tak relevan .

kalau hari hari cerita pasal video tuh yang dihadapkan untuk budak budak, apa kejadah nya ?
dan aku rasa kementerian pun takkan buat soalan exam tentang "Bincangkan perkembangan isu video seks Dato' Anuar Ibrahim"

kau ingat orang nak sangat ke tahu pasal video tu ?
ITS TOTALLY ANNOYING okay .
please stop siarkan isu itu .

bak kata ayah aku "channel ni nak kene banned ni"








super duper annoyed !

Wednesday, April 27, 2011

.aksi mati kau , berjaya buat aku tertipu.

pagi tadi, time aku nak sidai kain , aku nampak seekor ikan sedang terbaring kaku di atas lantai .
badannya berpasir .
aku tengok untuk 5 saat .
dia tak bergerak .

aku berlari masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu .

"kita ada bela ikan ke bu ?"
"kenapa ?"
"ada ikan atas lantai"
"ambil lah"
"ee, geli lah, dia macam dah mati je"
"heyh , ikan haruan, boleh hidup sampai 3 4 hari di atas darat. takde makna nya dah mati tuh"
"yeke ?" bulat mata aku , sebab baru tahu fakta tu .

aku keluar mendahului ibu .
bukan apa , aku kene perhatikan ikan yang berlagak kaku di atas lantai itu .
mana tahu , dia dah bergolek hingga ke jalan raya .

ibu keluar , mengambil ikan itu, diletakkan dalam bekas, dan basuh .
kan ikan itu berpasir .

"hari tu , ikan ni berjalan sampai ke rumah Lai ."
"uih , jauh tuh"
"orang jumpa , orang cari rumah siapa ada aquarium"

#fakta satu : rumah Lai (warga cina) terletak berdepan dengan rumah aku punya sebelah rumah .
faham tak ?
dan ikan itu telah berjaya menyeberangi jalan raya dan sampai ke rumah Lai .
hebat bukan ikan haruan aku ?

#fakta dua : dulu rumah aku mempunyai sebuah akuarium tapi telah diberi kepada jiran depan rumah aku , yang pasti bukan Lai .

"mesin air ni tak boleh bukak , sebab tu dia melompat keluar"











pesanan dari aku , kalau rasa nak terkejut sebab ikan boleh bersiar siar di luar kolam/akuarium anda , sila pelihara ikan haruan .

sumpah aku rasa geli + terkejut = gelijut tengok ikan tuh terbaring kaku di atas lantai tapi sebenarnya sihat walafiat lagi .
#demyu fish !

.serik ah pakai postpaid.

4 April 2011 , aku start tukar dari prepaid ke postpaid .
bajet orang kaya .
nasib baik lah duit biasiswa ada lagi banyak .
boleh lah aku bayar bil telefon nanti .

27 April 2011 , aku tukar balik postpaid ke prepaid .
lepas hulur RM50 sebagai bayaran untuk bil pertama , aku keluar dari maxis centre .
MAHAL !
ade ke patut 10 hari punya guna , bil sampai RM 49.60 ?
huh . bagi aku yang bukan orang kaya dan shopping dengan duit biasiswa, ini kira mahal .
mesti ada yang cakap , RM50 pun mahal ke ?
dah lah dapat biasiswa .

ouh , untuk kau yang fikir macam tu .
aku ni anak sulung .
adik ada 3 orang .
sorang belajar kat kolej swasta, lagi dua orang masih sekolah menengah .
ibu tak kerja, ayah kerja technician kat kilang swasta je .
ayah aku bukan jenis nak bagi duit belanja hari hari .
lain lah kalau aku anak tunggal .
jadi , dengan biasiswa ni , kene lah berjimat .
ada faham adik manis ?

yup , aku sekarang pengguna prepaid kembali .
tapi bukan dengan pelan youth club .
pelan hotlink tah pelancau tah .
aku pun tak tahu .
yang pasti , 1 mesej 10 sen .
hambek kauu .

dah lama aku pakai youth club , dah tak taw cene nak guna activ10 tah pe sume tuh .
takpe , aku belajar balik .

aku ni tak tahu kat mana maxis centre seremban .
malam tadi aku guna gugel maps tapi haram .
maxis centre yang kat KL nun dia tunjuk .
tak paham aku .
aku eja SEREMBAN bukan KUALA LUMPUR .

lepas hantar adik adik aku balik rumah .
aku terus pergi bank muamalat .
nak keluarkan duit .
kang nak bayar bil pakai ape nyahh ?
tisu lap peluh ?

ade lah sejam jugak aku menunggu giliran dekat maxis centre tu .
lama lama =.='

sebagai hadiah , aku dapat sim card baru .
wee ~

dah 5 tahun aku pakai sim card lama tuh .
ape makna nya ?
ye. aku setia dengan hotlink .








okay . tak nak puji hotlink .
sebab kau tukar pelan lama aku yang sekarang rare nak dapat tuh .



postpaid, tunggu lah .
nanti kalau aku dah jadi businesswoman , aku pakai lah kau balik ye .



sekian melaporkan .
;)

Tuesday, April 26, 2011

.aku bukan sombong tapi............

aku ada habit yang sangat menyusahkan orang .
serius .

silent phone without vibration .

dah lah silent, lepas tuh tak vibrate pulak .

sebab aku tak suka handphone aku berbunyi .bergetar ke hape ke .
nape tah .
rasa macam disturbing , walaupun aku tak de kerja .
dok rumah je , tak busy , tapi bila handphone aku berbunyi , aku rasa macam "sape pulak niiiii. eeee"

kalau nasib baik , handphone tuh tengah kat tangan aku , macam aku tengah main game ke, dengar lagu ke .
boleh lahh aku jawab call kau .
kalau tak , tunggu lah aku tengok balik handphone tuh .

lepas tuh, biasanya aku akan call balik .
haaa , aku tak kedekut okay .

aku memang tinggalkan handphone atas katil je .
aku bukan jenis yang handphone WAJIB ada kat tangan 24 jam .
dah jadi macam hamba handphone pulak aku rasa orang yang melekat dengan handphone 24 jam uh .
*rimas kau tahu tengok orang yang 24 jam dengan handphone, tak penat je jari uh taip mesej ? kalau on call, aku boleh terima lagi*
aku tak kisah pun keluar rumah tanpa handphone .
yang penting , purse .
sebab ada lesen dengan IC .

cuma , kalau aku keluar dan aku memang expecting / nak jumpa orang , baru aku bagi handphone aku berbunyi .




teruk kan perangai .
baik tak yah pakai handphone kau ni innz .
HAHAH !



dua hari lepas , ada sorang ni , dia memang hari hari akan call aku .
dan aku memang malas nak layan dia .
sebab bercakap dengan dia memang boring nak mampus doshh ~

dia call aku dah berapa hari , tapi aku ignore jeh , call balik tidak, mesej pun tidak .
dia hantar mesej "sombong betul u skang kan . i call dah tak nak angkat"

aku macam "ek ?"



kau ingat aku nak call balik mintak maaf ke ?
TAK WEYHH .

okay, ini kejam .
sorry bro .
;)






bulan depan, lesen dengan roadtax expired .
kopak aku bhai .
eh , sejak bila pulak kau yang bayar lesen dengan roadtax ?
HAHAHA !

Monday, April 25, 2011

.pastikan ia sentiasa "VISIBLE"

kelmarin , masa nak bluetooth gambar dengan zami , bluetooth handphone aku tak dapat dikesan .
aku macam hairan lah .
handphone aku rosak ke ?

jangan main gila , setahun pun tak sampai okayy usia X3 tuh dengan aku .
last last , aku buat paired devices jeh terus dengan bluetooth zami .

dan malam tadi , time tengah tunggu lelap .
aku belek belek lah setting handphone aku .
aku pergi kat bahagaian BLUETOOTH -> MY PHONE'S VISIBILITY .
kau tahu ape ?
tertera perkataan HIDDEN .

damn !
no wonder lahh tak boleh detect bluetooth aku .

yang lagi skema .
nama bluetooth aku masih yang default .
NOKIA X3-00 .













okay , aku dah tuka semua setting .
tak de yang skema lagi .
hehe xD


Sunday, April 24, 2011

.suprise yang tak terkejut.

cer teka cer teka , semalam birthday siapa ?
*orang lain buat entry time hari jadi , aku buat sehari selepas, huh, memang rare . HAHA !*

birthday cikgu hizami lah =)

lepas amik adik adik balik sekolah semalam , aku text lah zami .
cakap nak ajak lepak lepak kat McD .
nasib baik dia tak balik Melaka ouh .
boleh lahh ajak dating .

since dia praktikal kat seremban , aku belum jumpa dia lagi .
ini kali pertama .

masing masing busy nyahh =)

malam tadi aku free dan zami pun free , why not kita berjimba jimba , zami ? HAHA !
bukan berjimba tapi lepak lepak , borak borak .
lagipun , semalam kan birthday dia .

benda ni aku plan malam kelmarin .
tapi aku tak cakap kat sesape pun .
zami pun tak taw .
sebab aku just cakap nak lepak lepak je kan .
tak tahu lahh kot kot dia dah expect ke ape kan .
hehe =)

aku belikan kek untuk dia .
dah niat dah kelmarin , memang nak beli kan dia kek .
ade rezeki lebih , why not share dengan kawan kawan kan ?
tapi bukan Secret Recipe lahh .
tak mampu koooo .

kau pandai , kau teka lahh , kek ni aku beli kat ne .
hehe ;)


meh close up sikit , apa yang tertulis kat atas kek =)


ini lah kek paling kecik kat kedai uh .
aku ingat zami datang bawak member lahh , alih alih sorang jeh .
dan of course lah kek tuh tak habis , aku suruh jeh dia bawak balik , kasi kat housemates =)
takkan lah aku beli , aku nak bawak balik kann .
buruk bebeno perangai .
HAHA !

adik aku pun ade jugak wish untuk cikgu zami =)
"cakap kat zami , happy birthday cikgu"
haa koo , zami jeh dia panggil .
ingat adik adik kau zami uh ?
nak cakap sendiri malu . tah pape tah .
HAHA !

birthday boy .
segan lahh tangkap gambar dengan orang femes ni .
hik hik hik *lempang sedas*



*eh dah kantoi pulak, beli kek katne ;p*

ini syukri . macam biasa . hehe xD


syuk jeh yang available .
jadi , terus ajak dia teman kan aku .
terima kasih syuk .

and terima kasih jugak zami sebab sudi datang .
hehee ngade kau eh .
HAHAHA !






kata syuk "dia 23 kan ? kau 21, aku 22, dia 23."
kata aku "3 generation"







HAPPY 23rd BIRTHDAY , ZAMI !

Friday, April 22, 2011

.chocolate cream puff | cream puff coklat.

first entri untuk hari ni .
cakap pasal makanan pulak .
sekali sekala tukar genre , apa salah nya kann ?
hehe ;)

kelmarin kan aku buat kek coklat tapi tak jadi .
huu T___T
bukan tak jadi ape, kek nya tak naik kembang .
sebab pakai kukus kot .
jadi, ade coklat ganache lebih .
banyak gak lahh .

masa aku tengah lipat kain tadi , ibu suruh aku buat donat lepas tu mandikan donat dengan coklat .
tapi aku cakap " akak nak buat cream puff lahh "

okay , since cream puff aku jadi , meh nak share resepi .


Cream Puff Coklat


Bahan - bahan :

Cream Puff


  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 120 gram mentega
  • 300 ml air
  • 6 biji telur

Coklat

  • Coklat masakan
  • Susu pekat (ikut suka nak coklat pekat mana , tapi jangan banyak sangat , nanti manis doshh)
  • Mentega (ikut lah nak bape banyak , just nak bagi dia tak terlalu pekat dan berkilat)


Cara - cara :

  • Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit .
  • Masukkan mentega dan air , pastu didihkan .
  • Dah didih , masukkan tepung , kacau sampai tepung sebati dan tak melekat kat periuk .
  • Tutup api .
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau sampai adunan licin dan berkilat (tapi aku nye tak berkilat pun, sekadar cair sikit dan tak macam doh donut)
  • Sapukan loyang dengan mentega .
  • Masukkan adunan dalam piping bag , guna nozzle berbentuk bintang dan tekan sambil buat bulatan kecil ke atas loyang .


  • Masak selama 25 minit sampai permukaan puff kecoklatan .
  • Sementara tunggu puff masak , boleh masak coklat .
  • Masukkan coklat dan susu pekat serta mentega, masak guna kaedah double boiler .
  • Bila puff dah masak , biarkan sejuk sekejap , potong puff tapi jangan sampai terbelah dua dan isi coklat .
  • Lepas tuh , suruh satu family rasa cream puff kau sambil paksa diorang cakap sedap , jadi berbaloi lah penat kau memasak . HAHAHAHA !



*hasil nya tade lah cantik macam chef buat tapi aku harap kau tempting lahh tengok cream puff aku ni ;p*






selamat mencuba !
tak susah pun ;)

Thursday, April 21, 2011

.diari hari ini.

hari ni kita bangun pukul 12 tengah hari .
hik hik . teruk betul kita kan ?
lepas bangun , kita terus mandi .
lepas mandi , pakai baju sume , kita main internet .
lepas tuh , kita rasa lapar sangat .
ibu masak kari ayam .
cedap !
lepas lunch , kita sambung main internet , sampai lah ibu suruh kita amik adik kita dekat sekolah .
balik tuh , kita rasa mengantuk lagi .
jadi , kita pun tido sampai pukul 6 petang .
lepas bangun , kita bukak peti ais .
kita tengok air oren yang kita buat tengah hari tadi dah jadi ais krim .
kita letak lah cawan dekat luar  , bagi ais dia cair .
lepas tuh , kita pergi depan .
tengok tv , cerita "Suteramaya" .
ulangan punya .
tapi kita suka tengok cerita "Cinta Antara Kita".
pukul 730 , kita mandi .
lepas pakai baju semua , kita mesej mesej dengan zami .
kita cakap kat dia yang adik kita tadi cakap dia cikgu praktikal paling sporting .
zami gelak je .
hehe .
keluar dari bilik , kita terus dinner .
ibu masak mee goreng hailam .
cedap !
lepas makan , kita main game The Sims 3 dekat handphone kita .
kita collect duit banyak banyak .
tak lama lepas tuh , kita bosan .
kita tengok berita pulak .
lepas habis berita , kita tengok DVD pulak .
cerita Adnan Sempit .
tapi tak sempat habis cerita Adnan Sempit , kita dah terduduk depan PC main internet balik .
sampai sekarang .
itu lah diari kita hari ini .
habis dah .





























macam cilaka  je aku rasa .
HAHA !

.tak suka kau.

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
tak suka kau .
annoying gila babi .
entah macam mana aku boleh TERmasuk blog annoying kau tuh .
dah lah annoying dulu , sekarang triple annoying .

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
benci kau , benci kau .
memang patut pun semua kawan kau lari .
sebab kau memang super annoying .
ah , peduli apa aku , kau nak komen panjang menjela kat blog aku .
ada aku kesah .
dah kau memang annoying , memang patut aku tak suka kat kau .

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
dah lah annoying , poyo pulak tuh .
nak cakap kau glamer sangat lah kan sebab setiap bulan nak SHOW OFF earning nuffnang kau tuh .

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
haniz zalikha pun tak pernah buat macam tu .
memang layak lahh hanis zalikha tuh , ramai orang suka .
kau ?
lembu lembu yang kene cucuk hidung dek kau jeh yang suka kau .

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
tak paham aku .












aku kejam ? jahat ? mulut puaka ?








ade aku kesah ?
aku bukan kenal kau pun , kau bukan kenal aku pun .
pernah lepak dengan aku yang kau nak cakap mcm tu ?

aku cakap benda ni ber reason .
grr ~
marah ni marah .









tak yah nak ceramah aku dekat komen .
aku tak layan .
huh .



.good luck on your final exam !.

tengah tengah baring malam tadi , aku teringat yang esok zahid mula final exam .
this is his final semester in polytechnic .

aku kenal dia tak sampai setahun pun .
rujuk entry ni -> sini lah der 

tapi salu gak lah aku call dia .
saje , tanya khabar .
kadang kadang rindu .
HAHA !

aku pun grab phone , call dia .
aku ingat dia tengah study .
tapi aku dengar bunyi bising .
rupanya dia dekat kedai makan .

F : hello .
Z : hello .
F : eh .
Z : eh.
F : hyeeeeeeeeeee ..
Z : hoiiiiiii.
F : u katne uh ?
Z : kat kedai makan .
F : laa, ingat en u ngah study .
Z : lepas ni sambung balik . buat ape ni tak tido lagi ?
F : baru jeh lepas online. pening pale dah ni . hurm.. esok exam ape ?
Z : hurm.. kawalan motor .
F : ouh , hurm. saje call , nak cakap , gud luck !
Z : hehe . so sweet .
F : eh ?
Z : nape ?
F : first time orang cakap macam tuh .
Z : haha. yeke ?
F : aah, selalu i wish gud luck, diorang cakap thank you je . haha. zahid pelik .
Z : ek , mana ada pelik .
F : pelik jugak. haha. hurm , okay lahh. nak wish gud luck je . esok exam petang ye ?
Z : aah, pukul 230 .
F : hurm hurm. okay lahh . tu je . hehe. gud luck . byeee .
Z : okay okay. byeeeeeeee .









untuk korang yang tengah final exam jugak , gud luck jugak .
aku dah masuk minggu ke tiga bercuti .
HAHAHA !

Wednesday, April 20, 2011

.orang kaya yang miskin.

orang kaya yang miskin .
hurm hurm .
artis , datin, puan seri, dato' seri.
even menteri pun miskin sebenarnya .

kenapa aku cakap macam tu ?
sebab diorang tak pakai tudung .

DUIT BANYAK TAPI BELI TUDUNG SEHELAI PUN TAK DAPAT .

tak ke miskin tu ?












kek coklat tak jadi .
kesian T___T

."saya belum kahwin dan itu bukan anak saya".

aku guna gambar kat bawah ni untuk profile pic kat fb .
sebab aku punya suka lahh .
HAHA !

tapi soklan yang aku tak expect ada orang tanya .
"anak kau ke ? bila kau kawen ?"

aku dah macam "err bukan lahh . ni anak sedara aku"

lepas tuh , dari semalam aku mengadap fb .
aku klik link link budak budak sekolah aku .
and aku dapat tahu , RAMAI sebenarnya dah kahwin .
yang tak sangka sangka kahwin pun ada .

lepas tuh aku fikir , "no wonder lah orang ingat aku dah kahwin. ohhh mann"


*ini QISTINA. anak kak mas . kesayangan ramai orang =)*


*ini gambar favourite. hehe ;D licin jeh muka masa ni . 2 tahun lepas punya cerita . kurus lagi . bhahaha !*


*err, ini bukan gambar real . HAHAH !*










okay , babai .
nak pujuk ibu , nak duit beli barang buat kek coklat ;)

Tuesday, April 19, 2011

.entry berbalas.

hari ni , isu yang ARCX tulis dekat entry dia buat ramai student UIA terasa .
UIA gombak terutamanya sebab memang ARCX tuju kat kitorang .
aku antara ribuan student UIA gombak terasa okay .
sedih sebab cara dia cakap macam nak blame kitorang tak alert dengan surrounding .

aku masih menunggu student UIA. mane diorang ni. buat bodoh je ke isu tempat sendiri. sepak seko2 kang
marah bebeno ARCX ni ;D

aku tengok kat komen , ada few students UIA yang komen tapi dia macam ignore jeh .
nampak sangat nak blame kitorang lagi .
tapi komen anon yang bela dia , dia reply and be with them .
aku tak expect dia reply semua tapi terasa sangat macam dia memang ignore komen tu .

Yang blogger ;popular' UIAM apesal taknak tolong kawan korang?

okay , aku tak popular tapi consider lahh .
ntah ntah yang kene tuh bukan blogger dan tade kawan blogger , so dia tak boleh nak spread thru blog .
sebab aku YAKIN 100 % , kalau blogger yang kene macam yang you cakap tuh , mesti dia ade tulis dekat blog .
and kita tahu .

serious lahh weyh , kitorang tak pernah tahu dan alami kejadian seperti ini , jadi kami tak tahu .
MAIN POINT HERE , KAMI TAK TAHU .BUKAN KAMI BUAT BUAT BUTA DENGAN KEJADIAN NI .



jangan terus salahkan kitorang .



























emo pulak aku .
tapi seyes sedih .

macam tuduhan melulu pun ade jugak ;(



.senda petang yang sejuk.


bile gugel "diari budak famous" , ini yang muncul di first page , woahh !



funny kan ?
hehe ;)

.budak bajet KL.

ayah saya orang KEDAH .
ibu saya orang NEGERI SEMBILAN .
saya lahir kat PAHANG .
tapi ibu cakap , saya dikira sebagai orang NEGERI SEMBILAN sebab membesar kat sini .
saya dok NEGERI SEMBILAN sejak umur 3 tahun .

hari tu , ada orang datang rumah saya .
dia berborak dengan ibu saya .
dia cakap , ibu cakap ada dialek NEGERI SEMBILAN even ibu cakap standard bahasa melayu .

lepas tu , dia cakap saya poyo .
sebab cakap tak de dialek NEGERI SEMBILAN langsung .
dia cakap saya cakap macam orang KL .
even saya cakap loghat NEGRI SEMBILAN pun , dia kata bunyi tak pure .

yang paling best kalau balik kampung sebelah ayah .
ALL MY BIG FAMILY MEMBERS SPEAK USING KEDAH ACCENT .
ye , kami 4 beradik je cakap standard bahasa melayu .
dan ini buat kami 4 beradik macam poyo sebab cakap KL .

ouh , bukan kami pinta cakap begini .
dah terbiasa sebab ayah tak ajar kami cakap loghat utara .

tapi jangan risau .
saya boleh cakap dalam loghat NEGERI SEMBILAN dan KEDAH even bunyi nya tak pure T_T
so pathetic .









aku pun perasan yang cara aku cakap dan sebut words sedikit poyo .
kadang kadang bila datang gedik , aku sebut macam omputih .
HAHAHA !


 


.Photoshop | Cara Crop Gambar.


*kalau gambaq tak jelas, sile click untuk tumbesaran gambaq =)*

selamat pagi =)
innz ni gila lahh .
ade ke buat tutorial pepagi buta .
mana ade orang nak baca .

satgi takdak orang komen, hang hingaq.
padahai , salah hang jugak .
lalalalalaaa ~
tak pe laa , chek redha T__T

aku nak ajaq crop gambaq.
erti kata lain potong gambar besaq jadi kecik .
kalau hang nak muka ja, ini lahh tutorial nya .

yang penting hang kene ada photoshop
tak kesah lahh CS berapa .
hat aku punya CS 3 ja .
maybe some preferences tak sama .
jangan dok gelabah naa .
HAHA !

awat hang gelak ?

1. bukak application photoshop . bukan kedai gambaq naa .  tekan FILE -> NEW


2. adjust WIDTH dengan HEIGHT ikut suka hangpa . nak besaq lagu mana . tak dak sapa nak marah . kalau nak transparent, kat BACKGROUND CONTENT tuh , amek TRANSPARENT .


3. minimize layer tadi . sekarang , pilih gambaq . FILE -> OPEN . browse gambaq yang hang nak pakai .


4. gambaq kene sesuai dengan layer kat step no 2 tadi . kalau besaq sangat , adalah sangat tak relevan . jadi , boleh resize . IMAGE -> IMAGE SIZE .


5. SELECT -> ALL


6. EDIT -> COPY . minimize layer ni. EDIT -> PASTE kat layer no 2 tadi .


7. guna ERASER TOOL untuk buang background yang hang tak mau . nak guna BACKGROUND TOOL / MAGIC ERASER pun bolehh. contoh , hang nak muka ja, jadi background belakang , hang erase.


8. hasil bila dah erase .


9. hang boleh stop kat situ ja kalau nak. kalau nak cantik kan gambaq lagi macam nak buh shadow ka, stroke ka , RIGHT CLICK kat layer , amek BLENDING OPTIONS . tick lahh kotak mana yang hang nak . play with it . kalau salah , boleh undo lahh gilaa . HAHA ! CTRL + Z



10 . dah puas hati , hang SAVE AS . amek format PNG . kalau tak, nanti ade background kaler putih pulak . kalau PNG , background dia akan transaparent . ni hasil lepas photoshop .


memang lahh tak cantik sangat , tapi at least , membantu kan ? HAHAHA ! sebarang aduan , adalah tidak dibenarkan .




boleh rujuk tutorial photoshop yang aku buat before kalau nak letak words ;)





suka ? boleh like .
spreads the knowledge =)

Monday, April 18, 2011

.Cara Tukar Email Yahoo ke Gmail.

kau pakai email yahoo untuk sign in blogger ?
kalau YA , sila angkat tangan macam saya .

sebab aku pun guna email yahoo selama ni .
tapi aku ade lagi 2 blog yang guna gmail .
dan aku lupa pasal itu .

jadi, mari kita tukar dari email yahoo ke gmail sebelum blog kesayanngan kita didelete .
ya, google akan delete blog yang guna email selain gmail .
takuit tak ?
takuit tak ?

kalau takuit, jom tukar sekarang !
BERTUKAR !




1. create account google. ala, free je doshh . kalau dah ade , kita switch aje =)



2. Sign in blog mcam biasa . maksudnya guna email yahoo yang kau selalu guna tuh .



3. Setting -> Permissions -> Add Authors -> Masukkan email gmail kau -> Invite



4. Bukak gmail kau , akan ada email jemputan untuk jadi author kat blog, klik link pengesahan . Akan ada notis , "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here” . Klik HERE , ia akan bawa kau ke dashboard .

5. Sign out blog dan login guna email yahoo tadi .

6. Setting -> Permission -> dekat nickname yang kita add as author tadi , klik Grant Admin Privileges.

7. Boleh remove nickname dan email lama dan blog kau boleh di guna dengan akaun gmail sepenuhnya .



tapi ada satu benda tak best !
tak tau lahh kalau aku jeh kene atau semua orang .
sebab aku kan dah ade blog yang guna gmail uh .
jadi bertukar dashboard jeh .


semua blog yang aku follow before HILANG SEPENUHNYA .
dan aku TERPAKSA follow back semua blog korang .
wuu ~
sedih nya .

aku dah lah pemalas .
dia buat ceni pulak .
nak nangis tapi tak macho lahh kann .
HAHAHA !


jadi , kalau nampak aku baru follow blog kau , jangan terkejut lahh ye .
600 ++ blogs tuh der .
masak aku nak cari balik .
haih ~

.seoul garden, One Utama.

last few weeks back , aku pergi OU .
perghh ~ bau telo .
eh silap .
perghh ~ dah berkulat punya cerita .
tengok movie dengan aiz, dena, and arif .
cerita ... dalam botol .

tak nak review pasal cerita sebab aku rasa dia macam lambat sangat bergerak .
yang aku ingat si rubidin tuh keep repeating sebut "gampang ! gampang ! gampang !" time gaduh dengan boyfriend dia.
HAHA !

tapi seyes ahh , muka maknyah tak rupa maknyah .
nampak beno muka jantan nye ;D
rupa macam shah jaszle ouhh .

before movie start , aku, dena dan aiz had our lunch .
memasing dah lapar =.='

aiz ajak lunch kat Seoul Garden .
first time masuk ni .
konsep dia All-You-Can-Eat .
makan sampai boroi .
wakaka ;D

steam and grill .
sedap !

ada aiskrim, air sedap, ade nasi .
lauk pauk macam asam pedas, ayam masak lemak cili api tuh tak dak lahh .
gila hape weyhh .

kami pergi hari jumaat .
ade discount untuk student .
hanya perlu tunjuk matric card and dapat discount .
tapi aku makan free sebab kata aiz "ibu aiz belanja"
keh keh keh ;D

weekday jeh ade student price, kalau tak silap .
weekend dah harga biasa .
dalam RM28 ++ rasanya
okayy , affordable untuk mereka yang lapar gile atau makan banyak .
pheww ~ berbaloi ;D




*tengah tunggu makanan masak . grill yaw =) kat tengah uh steam. pedas ahh kuah dia ;p*


*pencuci mulut. ais krim . *



lately aku macam okay jeh telan seafood .
tade allergic pun .
dah elok ke ?
theee ^___^


.slurpee dan adik saya.

sebelum ni kalau nak beli slurpee , kene pergi 7E dekat sri pulai .
jauh okayy .
kene naik motor .
ini pun nak bagi tau ke ?

jijoi mesti tahu 7E ni katne .

tapi sekarang , 7E ni bukak cawangan depan rumah aku jeh .
sikit hari lagi , McD , KFC, Secret Recipe , sume bukak dekat rumah kedai depan umah aku .
tak yah pergi town lagi .
HAHA !
*verangan uolz*

tengah hari tadi , adik aku kecoh nak pergi beli slurpee .
pesen dia kalau nak pergi kedai, mesti cakap kat aku .
sebab dia tahu aku mesti mengoder dan dia dapat duet belanja .
duet belanja tak nak sen , nak ringgit jehh .
hari hari keje ngopak kan aku .
grr ~

"kak, aku nak pergi beli slurpee ni"
"pergi lahh"
"kau tak nak ke?"

aku pun bangun .
kene lahh bangun , paksa diri amek duit.
kang kalau aku cakap tak nak , dia akan cakap "nak lahh nak lahh"
trick nak duet belanja .

adik aku ni nama je lelaki , tapi gedik nya , kalah aku yang perempuan .

dah bagi RM 2 .
sebab dia kata slurpee RM 1.90 .

"seposen tuh, kau amek lahh"

before tuh, dia ada tuka duit syiling berjumlah RM 1 dengan aku .
kira nya , dia amek duet kertas lahh .

tak lama pastu , dia datang dekat aku .

"kak , aku ade singgit tujuh jeh "
"pastu ?" malas nak layan , leka bertwitter .
"duit aku ada singgit tujuh . tak cukup. kan slurpee singgit sembilan"
"pastu ?" ni bukan buat buat tak paham tapi memang tak paham .
"duit aku ade singgit tujuh je"
"dah tu, kau nak ape ?"
"tak cukup"
"haih . gi lahh amek lagi 2 posen"
"kat ne ?"
"duit yang kau tukar dengan aku tadi tuh, amek lahh duet tuh"
"ye eh ?" terus blah sambil sengih sengih .











dah pandai malu malu nak mintak duit dengan aku .
sejak bila tah .







nasib kau adik aku , kalau tak, dah lama aku campak lam sungai .
HAHAHA !

Sunday, April 17, 2011

.tolong jawab soalan saya.

saya seorang perempuan .
tapi saya punya ramai kawan lelaki .

saya seorang perempuan .
tapi saya selalu keluar dengan kawan lelaki .

saya seorang perempuan .
tapi saya lebih selesa berborak dengan kawan lelaki .

saya seorang perempuan .
dan saya nak tanya , salah ke kalau kawan , keluar dan berborak dengan kawan lelaki ?

















sebab ..













bila saya kata "saya kat luar dengan kawan lelaki"mereka , yakni kawan yang lain , akan cakap "banyak betul skandal"









kawan lelaki = skandal ?
damn .
i didn't know about that .






haih ~ sabo je lahh ~

Saturday, April 16, 2011

.free call on your birthday.

hari ni birthday adik aku .
"HAPPY 19th BIRTHDAY ALIP"

tapi malam tadi celebrate untuk birthday ami jugak .
"HAPPY 16th BIRTHDAY AMI"

[gambar kek tak dapat upload]

birthday ami = 2/4
birthday alip =16/4
so , kira sekali lahh sambut bday .
tapi tiap tiap tahu , aku cakap benda yang sama .

"padan muka korang lahir same bulan, kan dah dapat satu kek je . aku dengan adik, sorang satu kek."

akak kejam .
HAHAH !

petang semalam , alip balik , dia dah cakap awal awal .
"malam ni call free weh"

malam tadi lepas pukul 12 , dia cakap lagi .
"handphone aku dah free dah tu"

dalam pukul 12 lebih , time tuh aku ngah on phone pakai handphone aku dalam bilik , alip ketuk pintu bilik .
"ko tak nak ke? free ni . rugi kang"

tanpa segan silu , aku pun amek lahh handphone yang dia hulur .
kau gila.
rezeki uh .
setahu sekali jeh dapat tahu .
HAHAH !

ce teka sampai pukul berapa aku on phone semalam ?
pukul 5 pagi .
dem .
kul 330 pagi uh aku dah ngantuk sebenarnya tapi niat memang nak kacau orang lagi .
call zahid , dia dah tido tapi terbangun sebab dengar bunyi handphone .
kesian pulak , aku suruh tido jeh .
lepas tuh , aku call zizul.
aku tahu dia mesti belum tido punya .
tu yang sampai ke pukul 5 uh .
lama pulak borak .
HAHA !

petang tadi aku call abang mie pulak .













wahh ~ heaven betul .
terima kasih lahh ye maxis .
lagi 2 bulan , aku pulak .
HAHAH !





tapi celcom lagi syok en .
7 hari deret .


tu pasal lahh agak nya ade orang tuh hari hari bergayut 2 minggu lepas.
thee ^___^

Friday, April 15, 2011

.gila camera atau camwhore.

aku ni agak L banyak dalam gadget handphone .
aku mula pakai handphone masa form 5 .
tu pun yang butterfly uh .
tahu kann ?

aku start pakai handphone camera masa masuk main camp .
gile lampi  aku . T_T

masa second year , aku beli X3.
pakai duet sendiri .
paling canggih aku pernah ada .

aku L dalam memilik tapi aku boleh kata hebat dalam guna .
sebab darina .
darina pakai hp canggih , jadi aku tumpang guna .
HAHA !
jadi , aku tak L kalau nak guna Iphone ke, Blackberry ke .
semua aku dah pernah guna even tak memiliki .

masa kat matrix , aku salu pinjam hp darina untuk camwhore .
sikit sikit "dena, nak hp , dena nak hp"
darina pun dah lali .
sampai ada sekali tuh dia cakap "farah ni , aku rasa kalau ade hp camera, mesti penuh dengan gambar dia"

tapi kau salah .
bila ade hp camera sendiri , aku dah tak gila camera .
sebab dah bosan kot pakai hp dena .
theee ^_^

aku lagi suka camwhore guna camera .
bukan camera hp .
sebab kualiti gambar lagi cantik dan makin banyak penipuan terserlah .
HAHA !

tak caye ?
kau boleh check album phone aku .
ada gambar tapi bukan camwhore .
aku suka tangkap gambar menarik berbanding camwhore .





















usia mematangkan aku .
ke ??

.who's the heck is Fara Jamil.

sape nih ? sape nih ?
perghhhh dah tuka nama betul
erk , dah tukar nama ke ?
sejak bila tukar jadi fara jamil ?

hehe ;)
few responds that I received regarding to my new display name
thee ^___^

I've decided to changed my display name because "i punya suka lahh"
bhahaha !

siblings aku sume pakai nama betul .
alip = Md Alip Jamil
ami : Amirul Jamil
adik : Akmal Mohd Jamil
so, aku tak nak rasa terpinggir.
sebab tuh geged tukaq nama .
HAHA !

I used to use Farah instead of Fara .
but I saw many of my friends call me Fara and not Farah .
heyy , I know lahh how they pronounce .
plus, they set my phone number using Fara also .

dah ahh , tuka cakap melayu .
kang salah grammar, malu jek kene bahan .
*eh bukan dah salah ke tu ?*

dulu , aku marah gile orang type atau tulis nama aku Fara without H .
macam cacat =.='

actually aku yang tak suka nama hanya mengandungi huruf yang bilangan nya nombor genap .
macam FARA = 4 huruf .
FARAH = 5 huruf .
weirdo .
innz tuh , tak 4 huruf pulak kann ?
HAHA !

lama lama , aku boleh adapt ;)
nama jeh pun , as long as tak lari dari nama asal , alahhh it's okayy what .
FARA not PARA .
kah kah kah !


FARAH dah PARAH .
lagi worst kan ?
bhahaaha !
























jadi , jangan lahh pulak ade yang delete aku bila aku dah tukaq nama ni .
tengoj profile dulu k before delete .
tq ;)








much love ;
Fara Jamil





Thursday, April 14, 2011

.cool blog lagi.

lagi lagi cool blog .
hangin je lahh kau kau yang nak cool blog tapi tak dapat .
sorry ^___^

aku tak dapat tahan diri kalau umah dekat dengan kiosk cool blog ni .
err dekat ke eh ? theee ;D

aku kan amek adik adik aku balik sekolah pukul 3 .
lepas amek diorang , kadang kadang aku ajak terus pergi tesco .
okay , tesco ni kat seremban 2.
hurm. jauh sebenarnya .
tapi sejak ade highway baru , kira dekat lahh .
15 minit dah sampai ;)

hari isnin ritu aku pergi jugak .
aku amek vanilla blog .
aku suh adik aku order oreo vanilla tapi dia p order vanilla jeh .
naseb baek sedap =)


*vanilla blog. gambar adelah crop atas sebab sebab yang susah nak dielakkan*

rasa vanilla lahh weyh .
takkan rasa oren pulak ;p

hari ni lepas amek adik aku , aku pergi lagi .
ngaa ~ naseb ibu tak call tanya "asal lama sangat amik ami ni ? jauh ke sekolah tuh ?"
HAHA !

kali ni aku order oreo peppermint pulak.
first time try .
sedutan pertama "sedap weyh !"
aku cakap dekat adik aku , dia pun rasa sekali sambil berkata "giler ahh , terasa peppermint dia"
sedap sedap !
another tasty flavour that you shud try .


*kiri - oreo chocolate , kanan - oreo peppermint*

adik aku punya oreo chocolate ;)



lepas tuh balik lerw .
dah pukul 330 dahh .
datang tesco semata mata nak beli cool blog .
pesen dak innz ni ha .
lalala ~


orang bukan taw pun kan ;D





ade sorang pekerja lelaki cool blog ni macam dah cam aku .
sebab last monday aku pergi beli , dia dok usha usha aku .
HAHA !

ye , abang cool blog handsome , saya lahh pembeli cool blog tegar dekat Terminal One dan Tesco =)
aww ~ seyes, dia handsome !


pics lama  yang tak sempat nak buat entry ;D



*hong kong milk tea - sedap but a bit sweet ;) sape tak tahan manis , jangan cuba ;D*


*passion fruit - a bit sour & ABC blog - sweet sangat ;D *


*chocolate blog & yam = my favvy also . sweet and and milky ;)*


sebenarnya semua cool blog adalah manis .
jangan lahh minum selalu .
seminggu sekali okayy lah .
tapi aku ni dah addicted sangat .
bhahahaa !

.perangai time cuti semester.

seperti yang kau tahu , aku sedang bercuti semester untuk sebulan .
bulan 5 kang , ade short sem .
2 bulan , sampai bulan 7.

jadi, kerja aku kat rumah sekarang , boleh kata takde kerja .
KAH KAH KAH !

bangun pukul 12 tengah hari , terus main internet sampai bosan .
kul 3 amek adik adik kat sekolah .
kalau mengantok , baru tido petang .
kalau tak ngantok , tengok tv .
tak pun makan .
yummy ! heaven tul dok rumah .
HAHA !

malam , kalau bosan , baru keluar .
ajak lahh sesape .
salu jadi mangsa syuk lahh ;D
"cool blog syuk"

tido pukul 2 3 pagi .
itu pun lepas tahan mengantok barang sejam dua semata mata nak tweet sebab kawan kawan twitter sume segar pada jam itu.

dan hari hari bersambung seperti itu .
aku rasa memang sampai sebulan .

aku ingat sebulan ni , boleh lahh aku nak gain income dengan blog.
tapi aku tengok nuffnang aku tak gerak pun .
eh, yang iklan milkadeal tuh, memang TAKDE EARNING ke hape ?
buffered aku dah tak jalan dahh tuh .

ni semua lahh ni .
ke kau nak aku ikut jejak blogger lain yang tukar ke ADVERLETS ?
kau jangan macam macam dengan aku nuffnang .
aku bako ko kang .
HAHAHA !


eh, ce tengok ni .





jom GELAK BERSAMA !
HAHAHAHA !

Wednesday, April 13, 2011

.kalau cuti 5 bulan.

malam semalam, ayah suh aku isi borang .
aku dah pelik .
borang ape ?

aku pergi lah tengok .
ce teke borang apa ?


EMPLOYMENT APPLICATION FORM NESTLE .


gulp .
aku telan jeh air liur .
aku kan belum habis belajar .
pesei awal beno nak ngisi nye ?

aku pun isi lahh dengan suka hati .
anak yang baik adalah yang sentiasa menurut kata orang tua nya .
HAHA !

rupa rupa nya , ayah salah faham .
salah aku jugak .
cakap belit belit .
kah kah kah !
ritu before pre reg untuk short sem , aku cakap kat ibu , aku maybe tak amek short sem , jadi aku cuti 5 bulan .
so, ibu mati mati ingat aku cuti 5 bulan .
tapi tiba tiba jadi amek pulak kann .
so, tade lahh cuti 5 bulan .

kalau cuti 5 bulan .
takkan nak mengangkang jeh kat rumah kann ?
aku pun ade terfikir nak cari kerja .
jadi , sebab ayah fikir aku cuti 5 bulan lah ,  ayah suh aku isi borang .
hehe ;)

kerja 5 bulan , syarikat tak nak kalah .
kerja kat international company terus .
HAHA !

lepas dinner tadi , aku tanya lahh ayah .
ade ke keje part time ?
dia kata ada , QA nak pakai orang .
department tuh department ini ada vacant .
dia kata 2 3 bulan bolehh sangat nak kerja .

pastu aku cakap lahh , nanti bulan 7 cuti sampai bulan 9 .
2 bulan .
ayah kata , hurm , tak pe lahh .
try apply untuk bulan 7 pulak .





walaupun aku belajar atas sponsor nestle tapi nestle tak ikat aku .
dia kata scholarship yang dia bagi tuh kira macam fund untuk anak anak nestle .
aku tak yah kerja dengan dia after grad nanti .
tapi aku nak apply jugak kerja kat situ .
best oke ;D



korang p lahh try apply nestle  .
banyak benefits der .
ape ? boikot israel ?
HAHA !
your choice !






















next week nak pergi family day kat melaka .
boleh lahh lenjan coklat dengan aiskrim sampai puas !
jeles tak ?
HAHAHA !

.mcflurry tak jadik.

malam tadi dah makan mcflurry oreo .
wuhhuu ~ aku sangat suka mcflurry oreo , oreo vanilla blog , tapi tak suke oreo cheese cake .

tapi pagi tadi, bangun tido , otak asek fikir oreo dengan vanilla ice cream .
dalam pukul 2 petang , terus pergi family store.
cari oreo dengan vanilla ice cream .

balik rumah terus blend oreo .
bukak penutup ice cream, ice cream cair.
wuuu T____T
tak sedap ahh gitu .

hilang semangat nak makan ais krim .
simpan jeh dalam freezer .
kene tunggu beku T___T










sekarang sedang tunggu ais kirm beku .

okbai . ;D

.blogger pernah jumpa #2.

orang dia pakai spec .
bawak LC .
no plat TAT .
HAHA !
macam lahh korang tahu en siapa dia .

Orang Lidi !

siapa tak kenal OL angkat tangan .

oke , tak de yang angkat tangan , makna nya korang kenal lahh OL ni kan ?
*padahal tak nampak*

dia ni study kat UTP .
rumah family dia kat terengganu .
aku kenal dia lama gak .
tapi jumpa baru 2 kali .
ye .. ritu dia praktikal kat wangsa maju .
dia tinggal kat wangsa maju tapi aku baru sekali jumpa dia.
sedih kann T___T

first time aku jumpa dia kat pasar seni .
masa tuh dia turun KL sebab nak pergi singapore .
erk .
sementara singgah kat KL , jumpa lahh dia kejap .

dia belanja makan McD .
*aku cari entry pasal ni kat blog dia, tak jumpa pulak. adess*
tapi ade cite kelakar .
hehe ;D

aku tak pernah refill air kat McD .
so , aku tak tahu lahh air ape yang boleh di refill .
OL ni minum Ribena , kalau tak silap.
yang pasti bukan soft drink lahh .

habis makan tuh , dia nak refill .
dia tanya aku , boleh refill tak ?
aku cakap, ntah, aku tak tau .
lepas tuh, dia turun bawah pergi refill , aku keluar dulu .
tak lama pastu , dia kua, buang cawan dalam dustbin .
aku macam "eh, tak boleh refill ke?"
rupanya ribena tak boleh refill .
adess ~ kesian dia .
tak pe3.
kau kan pelancong .
dia kata tuh 1st time dia makan McD .
wee ~ dimaafkan lahh yerp ;D

kali kedua jumpa kat wangsa walk jeh .
masa tuh dia praktikal kat wangsa maju .
lepas tuh tak jumpa jumpa dahh .












tak pe, ade rezeki, jumpa lagi kita ;D








to be continue ..

.blogger pernah jumpa #1.

hye korunkkkk ~ (sambil lambai lambai tangan bukan macam usop wilcha)
*shara, if u read this, saya tak cakap psl awak, sy ckp psl budak tuh ;p
erk .

since aku tade mende nak cakap tapi nak up entry jugak, maka terhasil lahh segmen ni.
wahh ~ dah pandai bersegmen kau sekarang ni.
tapi jangan risau, ini tak melibatkan sesiapa .
tak yah kau nak amek header aku , tepek kat entry kau .
lepas tuh buat entry ampu ampu aku .
annoying tahu .
bhahaha !

aku nak cerita pasal blogger.
aku akan cerita seorang demi seorang blogger yang aku dah jumpa.
tak ikut order, random jeh ni kayy .
so, siapa yang aku dah jumpa, sila ambil no giliran .
anda akan dilayan sebentar lagi .

first blogger aku nak cite .
Mr.O

aku kenal Mr.O ni dah lama okayy .
masa tuh dia baru lepas SPM.
kira kira  3 tahun lepas kalau tak silap .
pangkat hadek hadek aku budak ni .
HAHA !

dia budak uia jugak .
jumpa dah banyak kali sebab salu terserempak dekat kuliyyah .
ate, kami satu kuliyyah kot .
tapi sekali jeh baru lepak dengan dia .
time tuh , lunch bersama .

cube usha entry ni -> klik sini lahh der 
3 tahun lepas kann ?
lama kann aku kenal dia .
tak sangka boleh jumpa kat uia .

aku ingat lagi , dia cerita yang mak dia nak sangat dia masuk maktab tapi dia nak masuk uia.
apply maktab banyak kali tapi tak dapat .
tu yang masuk uia ;D

kenal kat blog, lepas tuh add kat myspace, lepas tuh lost contact .
aku ade jugak cari dia masa lost contact tuh tapi tak tau cene .
sebab aku tade nombor dia .

baru baru ni , eh baru tak baru sangat lahh , aku borak dekat fb kawan dia, azwan .
lepas tuh, aku rasa dia cam aku lagi kot, terus dia add .
aku memula tanak approve sebab aku tak kenal kan .
aku tengok nama, tak familiar, aku hold dulu request dia .
lepas tuh azwan IM cakap mie zali suh approve dia .
aku approve lah, sekali tengok "laaaa, kau ke ?"
dah jodoh,  buat macam mana pun tetap bersama .
wakakaka .
jodoh kawan lahh weyh .




sekarang salu keep in touch kat fb tak pun sms jeh .
senang .
















tunggu next blogger pulak ye ;)
ramai okayy ;D
tapi still boleh dikira ;D



stay tuned.
to be continue ...


Tuesday, April 12, 2011

.blogger tak de life ? .


*budak ini sangat menyenangkan saya . =) glad that you were born , niece =)*



blogger tegar tak de life ?
aah ! memang pun .

pandangan peribadi , aku rasa blogger tegar memang takde life .
blogger tegar ni yang asyik dok update blog, ngadap lappy 24 jam , tido, makan, kerja semua dengan lappy dan blog .
paham ?

aku pernah lahh dulu kann jadi blogger tegar .
tu yang setiap hari 2 3 entry up .
tapi sekarang dah kurang .
sehari satu pun kadang kadang payah .
sampai ade yang tegur "nape tak aktif blogging ?"

aku terkejut .
huh ? yeke ? yeke ?

lepas tuh , aku belek belek lahh dashboard .
aah lahh , aku dah jarang update entry .
ngee ~

aku ingat tade yang perasan .
maklumlahh aku bukan artis REMAJA macam yang lainn kann .
sekadar di pinggiran golf jeh .
kah kah kah !

masa aku jadi blogger tegar dulu , asyik duduk dalam bilik jehh .
bangun pagi , blog,| lunch , blog , | dinner , blog .
80% dari 24 jam adalah bersama blog .
yang lagi 20% tuh pergi kelas, isi minyak motor dan lain lain .
kadang kadang makan pun malas =.='

kan tade life tuhh .

sekarang tak lahh weyhh .
aku bukak jeh blog .
tapi tak update .
bukan tade cerita tapi aku yang sengaja tahan nafsu update entry .
baik aku tido ke, baca novel ke, berfoya foya ke, shopping ke .


aku enjoy dengan hidup sekarang .
hari hari keluar jumpa orang .
dapat berborak , makan makan .
best !













in a nutshell , blogger tegar memang tak de life .
itu jeh nak cakap .









ada argument ?
sila argue dengan aku .











lepak dengan bloggers tak di kira bersosial walaupun sebenarnya anda sedang bersosial sebab blogger blogger doesn't makes any social actually .
korang lepak dan berborak pasal blog jugak !
betul kann ?



aku blogger, aku tahu lahhh .
sikit sebanyak mesti ade selit gosip gosip blog .
lalalalaa ~























dah boring jadi blogger ke innz ? =.='

Monday, April 11, 2011

.jauh dan penat.

malam kelmarin , ibu balik .
ibu bawak lauk , lepas tuh ibu cakap ceni ;
"ni esok, ayam untuk 3 orang . panaskan ..."
lepas tuh aku macam "nape 3 orang jeh ? akak ikut ke ?"
aku ingat aku tak ikut sebab ibu kata kereta dah penuh .
lepas tuh ibu cakap lagi "kau kene lahh ikut, kang siapa nak tangkap gambar ?"

jadi , aku adalah photographer pada hari pertunangan bande ;D

aku ingat aku tangkap gambar pakai compact camera jeh .
sekali , sepupu aku bagi DSLR dia , suh bawak .
aku macam "kau nak bagi aku pakai ni ke ?"
O_o
auto bolehh lahh .
nak pakai manual , aku tak reti sangat .
jadi , semua gambar semalam , adalah dalam auto mode T___T

eh , nape nak sedih pulak .
entah entah orang lain pun pakai auto jugak .
kah kah kah ;D

gambar tade ye sebab semua dalam DSLR sepupu aku , and aku dah pulang kan .
first time pergi skudai dan beberapa kali pergi johor .
before sek pergi yong peng jehh .

jauh oke ..
even pakai higway yang lurus tuh pun , 3 kali gak lahh terlelap dengan jayanya dalam kereta .
nasib baik ade qistina , tade lahh bosan sangat .
boleh gelak gelak, men cak cak , nyanyi , tangkap gambar dengan pose tunjuk peace .

ini kali kedua aku ikut rombongan bertunang kazen kazen aku .
jangan tanya aku bila pulak .
aku rasa tak nak bertunang kot .
err tak pun , bertunang sekali dengan nikah .
jimat belanja kan ?

semalam mak su aku tanya aku "kau bila ?"
aku macam "eh lambat lagi , belaja pun tak habis ."
alasan paling klise aku bagi .
HAHAHA !

lepas tuh dia siap plan tuk aku pulak .
"habis belaja 23 tahun , 24 25 boleh kahwin"
aku telan air liur je lahh .
sabar sabar .

aku masih nak nikmati hidup anak dara weyhhh .
lek luu der xD





























cuti sebulan nak buat ape ek ?
weyhh pak cik , jom dating .
yang pasti, kau belanja.
HAHA !

Sunday, April 10, 2011

.aku nak mengutuk lahh neyh weyyh.

tajuk dah keji gila .
jadi entry super keji .

aku masih belum tidor.
orang lain semua dah pengsan.
padahal esok nak jadi gambargrapher kat johor .
harap tak tertidur masa snap gambar =.='

aku bosan jadi aku layan youtube .
macam macam vlog aku tengok .
okayy . nak kata aku ketinggalan lahh tuh .
sebab sume vlog yang aku tengok tuh , sume dah berpuluh puluh riban views .

ouhh sejak bila kau layan vlog innz ?
bukan kau banned ke vlog ni .

ouhh sorry , i just tak layan vlog vlog dekat 1 tube jehh.
kat youtube , i layan .
erk . ade beza ?
ahh yang pasti aku tak tengok vlog blogger kesayangan korang tuh .
wakaka ;D

aku tengok one vlog ni .
a lady and her friend .
sekali sekali lady ni tunjuk lah lahh body figure her friend .
actually nak tayang attire yang diorang pakai .
memula okay .
sampai dah nak habis tuh , aku macam "erkk, besar gila tetek kau, baju ketat nak mam pulak tuh" *mata terjegil*
sarung nangka lagi longgar dari tuh .









okayy bocor rahsia , both of them wearing hijab .
enuff .

































pakai ketat sebab rasa sexy kann ?
alaaa, i taw lahh .
tu yang nak tayang semua tuh .
hehe ;D

Saturday, April 9, 2011

.jom shopping !.

saya dah start cuti semester .
fuhh ~ berakhir sudah semester ke dua tahun ke dua pengajian ijazah saya .
masih berbaki 4 semester .
harap harap boleh teruskan untuk semester depan ;)

ouhh hari tu , saya temankan BFF saya , darina, pergi shopping .
wuu ~ lalu tanpa segan silu saya mintak dia belanja ais krim baskin robin .
ais krim yang mahal tuh .
satu scoop dekat RM8 .
tapi tutti frutti lagi mahal ;p



*yahh yahh ...  i''m continue gaining weight*


*ini sangat comel ! tak tahu kenapa aku kelihatan pendek. adess .*


*cubaan kali ke berapa tah . still nampak comel kan ? *



dah lama rasanya tak letak pic sendiri dekat blog .
sebab nanti ada orang kata saya tayang muka walaupun tak cantik .


sambung cerita .
balik tuh , kami merasa sangat lapar sebab kami berdua masih belum lunch .
lalu saya cadangkan kepada darina untuk drive thru McD .
"darina, lapar tak ? nak tak singgah McD ?"
dan cube teka ?




saya dapat spicy chicken mc deluxe large dengan hanya RM3.20 !
sebab baki nya .......
"darina belanja kann ?"
hehe ;)



terima kasih darina !
you are my best friend ever !
love you darl =)




diam tak diam dah 4 tahun kami berkawan .
walaupun berbeza hostel tapi still rapat .
^___^

Friday, April 8, 2011

.aku dah agak dah !.

entry kat bawah mesti tak dapat sambutan .
ce kalau macam entry before tuh , laju jeh korang komen kann ?


ini di namakan PILIH KASIH.

mana adil weyhh !

asal aku buat entry ilmiah sikit , mesti sume segan segan nak komen.
ce entry merepek meraban , ramai pulak join komen .















takpe , your choice .
hahaha. teteibe .

Thursday, April 7, 2011

.selagi masih ada masa.

lepas solat maghrib tadi , aku baca Yassin .
tapi ... aku sedih .
sebab aku baca macam makin worst .
maksud nya tergagap sangat, tak macam before .
lepas tuh , aku fikir "Ya Allah , jangan lahh kau gelapkan hati aku"

ibu pernah pesan , walaupun tahu tajwid tak berapa nak betul tapi baca jeh , niat kan baca sebab tak nak lupa .
aku khatam Quran sekali jeh .
masa tingkatan 3 .
lepas tuh , aku baca balik Quran tapi tak khatam pun .
sebab ibu dah khatam , jadi ibu decide nak ajar kitorang kat rumah jeh .
tapi AKU kan pemalas .
memang tak pernah dah aku baca Quran kat rumah lepas berhenti belajar dengan ustazah kat kampung .

aku ada mintak ibu belikan tafsir .
aku baca jugak tapi tak pernah habis Al-Baqarah .
dari 4 tahun lepas , surah itu je lahh .
nampak sangat aku pemalas ..

setiap malam jumaat , lepas maghrib , kalau ada masa dan RAJIN, aku akan baca Yassin .
tapi dah berapa minggu aku skip .
kadang kadang aku balik rumah , tak pun tak de kat uia .
kalau balik rumah , lepas solat , aku terus kejarkan tv .
teruk kan =.='

kadang kadang bila mengaji , aku macam tak boleh nak baca ayat tuh , aku rasa nak nangis .
lepas tuh mula lahh fikir , itu BALASAN sebab lupakan Allah dan hanya ingat bila memerlukan Dia.
aku takut sangat satu hari nanti Allah gelapkan hati aku sebab jarang baca Quran .

aku ni bukan baik sangat .
kalau dah namanya "couple" memang tak lepas dari buat dosa .
in fact , keluar dating pun dah dosa kann ?
walaupun kau dah bagitahu mak bapak kau yang kau keluar dengan bf/gf kau .










aku sedang improve diri .
slow slow kayuh , kata orang . hehe ;)
bersyukur sangat sebab Allah masih bukak pintu taubat-Nya .
dan bagi aku peluang untuk berubah .
aku sangat dambakan hidayah-Nya .








"sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tak guna dahh weyhh"





bersyukur sangat dapat kenal dengan Izuddin .
walaupun kau suka bahan aku tapi aku tahu kau baik .
entry yang sempoi tapi bermakna .
boleh jadi ustaz yang sempoi kau ni .
HAHA !

dan paling paling bersyukur , aku dah nampak kenapa Allah tempatkan aku belajar kat UIA.
walaupun mulanya tak suka tapi kini aku dah triple triple suka .
hehe ;)


pakai tudung pun lagi cantik kann ?
lelaki tak nak perempuan seksi dan free hair jadi isteri .







doakan aku ye ;')

.kegunaan teddy bear pada si gadis (khususnya).

kau ada teddy bear ?
aku panggil bebe jehh .
aku ada .
alaaa, yang nama bybell tuhh =)
haaa ingat kann ?

*eh nape tingkap aku berasap ni ? bangunan terbako ke ?*


.
.
.
.


*ouhh bukan . orang sembur asap nyamuk*


iklan kejap . hihi ;D

lelaki pun ade bebe .
cuma tak nak ngaku .
tak macho lahh kann .
melainkan kau memang tak macho .
a.k.a sotong .
yang tuh , aku PERCAYA 800 % dia ada bebe  ;D

bebe ni sangat berguna .
satu .time ngah sedih , bebe adalah peneman paling setia .
jangan beli bebe yang boleh gerak .
kang di komplen pulak , badan dia basah kene air mata kau .
tak heart attack pulak kau kat situ kann ?

dua.
time ngah takut , dia jugak peneman setia .
penghilang rasa takut .
pelok jeh dia kuat kuat .
gerenti akan tenang .
ngee ~

tiga.
penghilang rasa sakit .
pffuu ~ nak nak time ngah period pain .
dengan senggugut nya .
kalau bebe tuh boleh bercakap , mesti dia dah menjerit "sakit lahh weyhh , dah terpulas 360 darjah tangan aku ni"hehehe =)


empat .
dahh tu jehh aku nak state .
yang lain lain nak tambah , sile tambah di ruangan komen .





tinggal lagi satu paper .
Organizational Behavior .
hari sabtu petang .
lepaih tuhh awok nak balik seghemban .
babai ~

Wednesday, April 6, 2011

.ini TERBAIKKK !.





tempat paling BAIK untuk surf internet guna wifi uia di dalam bilik .
syabas uia !
pasang router setiap blok pun tade guna lahh weyhh .



nasib kau free , kalau tak , aku bakar ICT department tuh .
grr ~

Tuesday, April 5, 2011

.Happy Birthday Nizam @ Kaizen Shinobi !.

Mohd Khairunnizam @ Kaizen Shinobi .
my blogger partner .
my university mate .
my close blogger friends .

and the most important thing ....
my top commenter in this blog .
HAHA !

today is his birthday .
let us shout to make a big wish for him .



"HAPPY 22nd BIRTHDAY KAIZEN !!!!!"




may God bless you .
have a successful achievement in anything you do .
do make your parent proud of you .











last but not least .
thanks for always being by my side .
*haramm. dah macam ayat untuk kekasih dahh*
err i mean , kau kann selalu support aku dalam blogging ni .
tade orang yang lebih memahami aku selain kau .
heheh ;)













indulgence ?
ape tuh ?
HAHA !




eh lupa .
all the best for final exams ! =)








p/s : aku harap kau terharu . kah kah kah !

Monday, April 4, 2011

.style mak cik mak cik bila jumpa anak dara.

ayah anak ketiga dari 6 beradik .
ibu pulak anak bongsu dari 7 beradik kot .
theheehe . lupa lupa ;p

nasib lahh ibu dengan ayah bukan anak tunggal.
jadi ramai lahh sedara mara aku kedua dua belah pihak .
paling ramai , belah ibu .
duhh ~ tak ingat dan tak kenal .

aku kan anak yang suka sangat membontoti ibu dan ayah ke mana sahaja mereka pergi .
bukan pengacau tapi peneman .
KAH KAH KAH !

kadang kadang bila balik rumah sedara mara belah ibu , aku tak kenal , aku tak tegur lahh .
sekali kena "tak kenal sedara ke ?"
aku dah macam "eh , aku kenal kau ke ? kau ade fb aku ke ? ke kau baca blog aku ?"
ayat belakang tuh saje aku tokok tambah .
penambah perisa kata orang .

dah memang aku tak kenal .
jumpa pun tak pernah .
nak nak mak cik mak cik ni .
lagi lahh .
yang pasti mereka bukan rakan sepermainan aku masa kecik .
anak dia mungkin .
yang handsome sekali tuh .
yang tak handsome , maybe kawan dengan jiran sebelah .
wakaka ;D

ada jugak yang macam "anak dara kau ke Kintan ? yang ni yang sulung ye ? dulu kecik jeh bila jumpa, dah besar dah sekarang . bila nak bermenantu ?"
#dem .
aku tak suka soalan ni walaupun batin aku meronta nak kahwin .
ibu pulak dengan senang hati jawab "tak lama lagi tuh"
aku cuma mampu senyum kelat -____-
ikut hati nak jeh aku risik mak cik tuh , kot kot ada anak dia yang handsome lepas tuh engineer pangkat IR .
bermenantu lahh ibu , siap berbesan lagi dengan mak cik .
mesti mak cik suka kann ?
HAHAHA !

boyfriend aku yang first aku bawak jumpa ibu , arif .
dah dua kali dah .
ayah belum lagi .
sebab last arif datang , ayah macam tak nak keluar dari bilik .
hehee ;D
aku cakap kat arif "ayah I pemalu. hehe"
macam kelakar jehh .

okayy lahh .
penat dah type .
type type , backspace .
haih ~ dah macam ape dah .



#kthxbai




nampak tak hashtag tu ?
pengaruh twitter mula menular .
#demyu

.untuk pelajar pemalas macam aku.

petang semalam , aku ade exam .
pagi ni aku ade exam lagi .

aku ingatkan paper rini petang , tapi rupanya pukul 9.
huh .
orang bukak exam paper dengan bismillah , aku bukak dengan menguap .
astagfirullahalazim....

tanda nya ngantuk .
HAHA !

lepas exam semalam , g dinner dengan kak izma.
lepas tuh balik dah pukul 7 .
aku pulak dah penat penat , ngantuk bagai .
lepas maghrib terus tido .
kul 10 malam baru bangun .
konon nak study , stay up bagai .
kauuuuuu , cecita tinggi .
HAHA !

sekali , termengadap fb , layan abp , main sms, twitter kejap kejap .
ce cite cene ngope nak study gitu ?
adalahh jugak aku study , tulis notes .
walaupun tak banyak .
HAHA !
sehelai jeh der notes aku .
dari satu buku ;p

tapi exam tadi , aku tak de lah nangis ke , geguling ke sebab tak dapat jawab .
aku tengok soalan , adalahh something something point dalam kepala .
last minutes reading , sangat membantu untuk orang macam aku .
siap keluar awal 40 minit lagi .
hik hik hik ;D








cube kau teka apa rahsia aku boleh jawab exam walaupun study tak habis dan sambil lewa ?

















SALAHHH !














spot question .
HAHAH !
weyhh , penting ni weyhh .
untuk orang pemalas dan last minute study macam aku ni memang WAJIB tahu spot question .
rajin rajin kan lahh bertanya pada sesiapa yang amek subject sama dengan kau untuk dapatlan spot question .
PENTING okayy .
even untuk yang tak pemalas pun , aku rasa korang pun cari spot ques gak en .




selama aku kat uia ni , belum pernah lagi aku study sebab nak pandai .
aku study for the sake of exam .
itu pun penat .
ce kau bayangkan kalau nak study untuk pandai ?
kat uia ?
huh .
aku rasa , kepala kau boleh botak lahhh .
seyes , belajar kat uia memerlukan semangat yang tinggi dan kuat .



jangan ingat pointer kau kat U lain tinggi , kau boleh survive kat uia .
dan kau boleh underestimate aku sebab pointer aku rendah .
kau tak belajar kat uia , tak tahu cene susah nak survive, jangan cakap banyak .
ehh , marah pulak, pahal kau ni innz ?
HAHAHA !









#okthxbai