Meet This Blog In Facebook !

Friday, December 31, 2010

.mata kuyu bukan stim.

huh . po banyak na kau post ni innz ?
tak ponek ko menaip ?
jawapan nya : TAK !
thee ^___^

aku rasa sunyi gile .
siot ahh .
tak pernah aku rasa macam ni . T___T
eh pernah .
ini kali kedua . xP

bukan tade orang sekeliling aku tapi itu lah jiwa aku kosong .
sejak break dengan cumi ciki , aku rasa hidup aku melayang layang weyhh .
sepanjang minggu lepas, aku blurr jehh =.='
dah ape kali aku kene tegur dengan lecturer sebab tak fokus dalam kelas .
kadang kadang jalan pun rasa tak pijak tanah .
tak de perasaan punya pasal .
naseb baek aku bawak motor berhemah lagi .
kalau tak, dah lama tergolek atas jalan =.='
lepas tuh nanti aku masuk paper "Seorang pelajar IIUM jatuh tergolek dog ketika menunggang motorsikal dengan berpakaian baju kurung"
panjang pulak tajuk berita .
HAHA !

rasa kenyang memanjang tuh , tak yah cakap lahh .
memang tade selera langsung .
walaupun mak cik kafe tu hidang ayam masak merah pun , perut kata dah kenyang .
pehh ~ penangan frust  , boleh buat aku kurus .
yeay !

tapi tapi tapi .
seyes ahh .
aku rasa tak best .
kalau dulu , ade jeh orang untuk aku nak mengadu .
ade jeh orang untuk aku bercerita .
*aku kan banyak cakap*
tapi sekarang , huuuu T____T

kalau dulu tuh , kredit RM10 , tahan 2 hari jehh .
sekarang RM 10 , tahan 2 minggu !
2 minggu der .
ini gile .
sampai aku terpaksa , buat super saver , pastu call call orang .
sebab tak nak rasa sedih tengok kredit tak luak .
mereng kan aku .
tah pape tah .

























harap keadaan ini segera berlalu .
tak suke .
serius .

.end of 2010.

last day of 2010 .
31 december 2010 .

tahun ni aku 20 tahun .
tahun depan 21 tahun .
kata orang "21, the key of freedom"
alhamdulillah , Allah masih beri peluang untuk aku menghirup nafas dengan sempurna .
hehe ;)

terima kasih tak terhingga kat korang yang support and always being on my side while I'm in pain and happy .
thanks sebab jadi pendengar setia dan penasihat terhebat dekat budak kecik ni .
maaf sebab selalu susahkan korang . hehee ;D

darina and faiz , you are my best best friend ever ! love both of you much ! ;) never failed to be there when you're needed ;)

grunge , ameer , farid , hizami , kaizen , syahid , ery , kak ad , fariq , zhafri , izuddin  korang memang best ! maaf sebab salu kene dengar aku mengadu .
aku kan memang bermasalah .
kesian korang .
hope our friendship doesn't end here .
would like to continue till the last day of my life ;)
walaupun some of you , ada yang aku tak jumpa lagi , tapi korang yang paling memahami aku .
thanks for all your support and advices ;)
really appreciate that ;)



untuk semua , thanks jugak !
hope 2011 will bring more luck and happy than before ;)

enjoy your new year ;)

.nak kahwin.

tiba tiba tajuk nak kahwin .
gatal sangat eh .
meh nak tolong garu .
erk .

malam tadi , aku tengok ade sebesen daun inai atas washing machine .
haipp mana lahh ibu dapat ni .
aku tanya lah ibu nak buat ape .
ibu nak inai rambut .
hik hik hik .

pastu pastu pastu .
aku mintak lah sikit nak letak kat jari .
hehe ;D

dah lama tak pakai inai .
nak pakai kiutex tak bolehh .
inai pun okayyy ;D







nanti dah siap , aku tunjuk eh .
hik hik hik .
boleh kahwin esok !
yeay !
*senget*

.lalalalaaaa ^___^.

aku cuba menaip dengan sabar .

kau ingat kau femes , kau boleh tarik perhatian orang ?
such a cheap popularity !
HAHA !
sorry to say la der .
kau belum nak setaraf dengan aku .
kau tuh layak dok kat bawah tapak kasut aku jeh .
nasib kau tak de dekat dengan aku jeh .
sebab kau repeat paper kann ?
hambik kau !
kalau tak , dah lama aku shoot kepala kau .
peduli apa aku .
perangai macam haram .

selama ni aku okayy jeh dengan kau .
tetibe kau nak berangin kat aku .
kau tunjuk lahh bukti mana aku cakap aku DAH LAMA BENCI KAU ?
babi !

kau tak yah nak tunjuk suci depan orang .
padahal belakang , kau mengata orang tuh .
kau tak yah nak tunjuk pro dengan kefemesan kau .
padahal kau tak boleh terima teguran .
such a kid !

orang orang yang dok komen tuh pun same .
STUPID macam kau !
tak taw hujung pangkal nak bagi ayat macam celaka .

kau memang main dengan api .
kau jangan ingat kau jeh boleh cari geng jatuhkan aku .
kau ingat aku stupid macam kau ke ?
kau ingat aku diam , aku mengalah ke ?
fuck !

haah ! kau ingat aku tak boleh nak dendam ?
kau ingat aku 'baik' macam kau ?
kau tunggu jehh .

kau ingat aku tak tahu cerita pasal kau ?
banyak der .
kau nak aku reveal semua ?
kau nak aku malukan kau ?
tunggu masa jeh .

try me if you want me to do so .
lalalalalalaaaa ~



















HAHAHAHAHA !
murahan !

Thursday, December 30, 2010

.masih tegap berdiri dengan kukuh.

semalam , aku di kejutkan dengan satu entry dari blogger pemes .
tah macam mana aku terasa berminat nak baca entry dia .
selama ni tak pernah khatam pun .
sebab panjang sangat =.='
pening aku baca .
jenjuling gak lahh mata ni baca .
lalalalaaa ~

tapi tak pe .
gua maintain cool ;D
professional lah der .
bukan aku seorang blogger dalam dunia kan ?
HAHA !

put that a side .
lantak lahh kau labuuu ~

maaf lah emosi aku tak stabil lagi .
kalau kau TERbaca entry entry sedih , anggap je lah emosi aku kacau bilau .
buat masa sekarang , aku memang tak boleh nak dok diam diam .
kang pipi aku basah dek air mata .
jadi ,  minggu ni , aku ambil inisiatif selamat untuk pulang ke rumah .
at least , aku tak keseorangan .
ade adik adik untuk aku bercakap .
yes . seriously , i need someone to chat to ;)

untuk blogger seremban , melaka dan yang berdekatan , jangan lupa ye , gath on this saturday ;)

aku dah ajar kau cara  nak unfollow blog orang yang kau tak suka .
jadi , kau boleh apply kat blog aku ni ha .
aku tak kesah , followers aku tinggal 100 pun .
tapi tak yah nak bagi warning kat aku .
kau ingat aku mafia ke ?
nak benci aku , its up to you lahh .
LIKE I CARE .
aku dah malas nak ambil tahu .
"jangan layan . nanti dia dah bosan , dia akan berhenti kacau awak dengan sendiri nya"

kau hanya kenal aku melalui blog , jangan nak judge aku ceni camtu .
kau tak kenal aku , jangan nak make up stories .
kau tahu tak dosa fitnah tuh lagi besar dari membunuh ?
faham kan ?











i'm sorry for everything that make any one of you uncomfortable with me .

aku bercita cita nak jadi usahawan berjaya bukan nya blogger famous .







kata ibu : tak pe lahhh , kalau dah bukan jodoh , nak buat macam mana . ;'(


.apa kau buat ni farahhhhh ??.

kau add fb dia .
kau komen komen dengan dia .
kau komen gambar diorang .
apa kau buat ni ?
kot ye pun frust , jangan macam ni dowhhh .
kau taw tak nanti kalau diorang gaduh , kau akan jadi punca perbalahan ?
kau sedar tak tu ?










awak , plz, i need an explanation .
jangan buat saya macam ni .
saya ada perasaan .
please ;(

.cara nak unfollow blog itu.

ni cara nak unfollow blog orang .
misal kata , kau dah rasa annoyed dengan blog orang tuh sebab ikut suka kau lahh kan .
jadi kau tak nak follow dah .
kau tak nak terima sebarang update dari blog dia .
ini step nya ;D

step 1 :

kau pergi kat kotak follower dia , pastu kau sign in pastu kau tekan options .


step 2 :
kau tekan site settings .

step 3 :

akan keluar pop up cenggini .
kau tekan jeh stop following this site .
okayy done !


senang kan ?
nanti aku ajar pulak cara nak unfollow guna dashboard .
kadang  kadang ada yang tak letak kotak follower sebab dia rasa macam nyemak jeh ,
HAHA !

terpaksa follow blog sendiri sebab nak buat tutor .
tapi dah unfollow balik .
lalalaaa ~

.pengalaman pertama saya memakai tudung.

ini entry kontez .
heheh xD
kontez dari kak vp cun melecun .
aku pernah jumpe kak vp , dia memang cun .
hehe xD

sebab aku nak shawl ombak tuh .
nampak rare jehh .
nak beli , duet tado , jadi mengharap untuk menang kontez jehh lahh .
ouhh kak vp ade blogshop yang jual tudung.
sape nak beli , sile ke sana -> shOp pink .

pengalaman pertama memakai tudung .
hurm ~

masa darjah tiga rasanya .
pakai tudung sekolah lah .
hehe ;D

masa tuh , ada budak baru masuk kelas aku .
selalu nya budak baru ni akan jadi perhatian .
kalau kau kawan dengan budak baru , nak nak pulak budak baru tuh cun .
kompom kau pun akan turut cun dengan otomatik .
orang pun akan mula nak kawan dengan kau sebab aura budak baru tuh .
jadi , aku pun kawan dengan dia .
sebab aku nak rasa cun jugak macam dia .
nama dia Ain , kalau tak silap .
dia darjah tiga dan pakai tudung .
bagi aku , haruslah pelik .
sebab baru darjah tiga dah pakai tudung .
gila tak kanak-kanak .
dan aku haruslah pakai baju kurung sekolah , free hair dengan gaya rambut tempurung .

"eh , kenapa kau pakai tudung ? kan kita tak payah pakai tudung . kita kecik lagi lahh"
"mak aku suruh pakai lah"
"ouhh. aku pun nak suruh mak aku buat tudung untuk aku jugak lah esok"

kau nampak tak , aku gune perkataan BUAT instead of BELI .
sebab aku salu tengok ibu jahit baju sekolah aku .
jadi , aku nak suruh ibu buat tudung aku jugak .
=.='

"akak nak pakai tudung pergi sekolah esok"
"huh ?" mungkin ibu menganga atau terkejut dengan membulatkan mata beliau .
tak sempat plak aku nak rakam aksi spontan ibu masa tuh .
kalau tak , boleh aku attach kat sini .
boleh tunjuk kat cucu cicit bila dah tua nanti .
kenangan tuhh .

akhirnya aku bertudung ke sekolah .
tapi yang pasti bukan esok .
mungkin beberapa hari selepas itu .
or mungkin minggu .
kan aku suruh ibu aku BUAT bukan BELI .
jadi , ambil masa lahh .
nak pergi beli kain, gunting , jahit tepi , jahit jadi tudung comel .

"aku dah pakai tudung macam kau gak" sambil sengih tayang tudung baru .
"yeay ! aku ada geng pakai tudung dalam kelas" Ain bersorak gembira sebab berjaya membawa aku ke jalan yang benar .
Alhamdulillah .

*yang hitam tuh , tentu tentu lah aku . Ain cerah kot*

lepas aku , ada lah dua tiga orang yang join aku dengan Ain pakai tudung .
time tuh , kitorang rasa kitorang memang berpengaruh gila lahh .
macam Aaron Aziz dalam cite KL Drift 2 yang nak pegang KL untuk jual dadah .
tapi aku dengan Ain versi muslimah .
mengajak rakan rakan ke jalan yang di redhai Allah ;)

*pengikut ajaran sesat dah bertambah*


mana yang pakai pinafore tuh , paksa mak bapak beli baju kurung .
sebab nak pakai tudung .
takkan nak pakai pinafore dengan tudung plak kann ?
mak bapak pun rasa bangga jeh sebab anak dorang kecik kecik dah minat nak pakai tudung .
dalam otak dah bayang "sok bosa anak den nia, jadi ustazah ghaso eh. sojuk poghot den"

kitorang tampil comel walaupun selekeh .
masa tuh , kitorang semua kecik , comel , kurus , selebet jehh .
bila pakai tudung nampak sebijik macam Mia Sara Nasuha .
comel kann ?
rasa diri ini begitu muslimah .

























"weyh , esok kita tak yah pakai tudung lahh . kita pakai minggu depan hari selasa taw " aku memberi arahan kepada geng tudung .
"okeh ! aku pun panas lahh pakai tudung ni" kata kawan aku tah-sape-nama-tak-ingat-dah .
lepas jeh gate sekolah , bukak tudung masuk beg .
duduk bawah pokok , jilat aiskrim oren sambil tunggu bas sekolah dengan muka tak bersalah .




okay kak , kalau tak memenuhi kriteria, sila bagitahu ;)


Wednesday, December 29, 2010

.lelaki pakai braces = comel.

*aww aww comel*


kenal tak siapa dia ?
dia redza minhat .
ala.. yang jadi faqir dalam pisau cukur tuh .

kan aku ade cerita , cuti sem ritu aku dok layan pisau cukur jeh berulang ulang kali .
cerita tuh best lah dowhh .
pastu aku dah tersuka pulak kat faqir ni haa .
gila pending aku nie =.='

before , aku suka tengok guys yang mata sepet , badan taf,  tinggi .
tapi sejak tengok si redza ni pakai braces , comel lah pulakk .
heheh ;D

semalam kan teman dena pergi cuci kereta .
before kereta dena , aku satu honda civic hitam yang sedang dicuci juga .
and ada seorang abang ni tengah tunggu .
aku bajet , honda civic ni kereta abang ni lahh kan .
sekali bukan daa , abang ni pakai neo hitam .

kau tahu siapa punya honda civic ni ?
eh mesti lah kau tak tahu kann .
sebab aku pun bukan kenal .
HAHA !

datang lah seorang jejaka yang boleh tahan handsome dengan beg laptop di bahu .
nampak muda lagi .
macam baru 23 24 macam tuh .
tapi tak tahu lah kot kot umur dia dah 30 , muka jeh yang maintain muda ke .

honda civic tuh , kepunyaan beliau .
aku tengok je dia .
dia cakap cakap pasal bumper depan kereta dia yang dah renggang cikit dengan pekerja kedai tuh .
dia kata ritu terlanggar apa tah .
pastu dia senyum .
and aku was like "OMG ! OMG ! comel nyeeeeeeee ;D"

dia senyum dengan comel and dia pakai braces .
waaaaa ~ pengsan 3 saat jap kat kedai cuci kereta tuh .
pengsan sambil berdiri lahh .
kang kalau pengsan sambil baring , dia plak hantar aku g klinik , jadi pengsan 3000 saat pulak .
HAHA !

dia pandang aku masa senyum tuh sebab aku pandang dia kan .
lalalaaa ~

okay okay .
kepada jejaka yang memakai braces , sila tampil ke hadapan .
kau mesti comel jugak kann ?
huhu ~ me loike .





gedik kau eh , meh nak pukul sikit .
HAHA !

.Seremban Mini Gath - New Year. (updated !)




ini yang dah di betulkan .
aku berbincang dengan diri aku sendiri .
macam aku cakap ritu , siapa yang free , boleh join .
tapi kat SEREMBAN tau .
kang jangan ade yang datang dari perak, pastu claim duit minyak dengan aku eh .

ini mini gath, jadi jumlah nya sedikit .
aku tak letak had, tapi aku assume memang takkan ramai.
HAHA !

siapa yang tak taw nak pergi jusco cene , contact aku .
inbox aku kat fb eh .
nanti aku bagi nombor permaisuri agung aku .


kat jusco tuh , yang aku taw ade karaoke, ade bowling, ada wayang , ade banyak fast food , boleh sopink sopink , boleh guling guling atas lantai .
kau pilih lah mana nak .
HAHA !





kalau tade yang datang / tak jadi , aku main bowling sensorang .
wahhh ~ 1 lane , aku yang PUNYA.
kah kah kah !

.a message to ibu.

To : Ibu
Message : Tak de pulak jodoh akak dengan cikgu . Nak cari engineer plak lepas ni. Haha !







no more cumi ciki .
yah ~






is there any way to get rid of my sad instead of crying ?
tak boleh solat T____T
sedih sangat ;(

.lupakan duka itu sementara,

hello ~ enibodi blog ? (tuka home kepada blog, sebab anda sekarang berada di blog saya . hehe xD)
hari ni saya pergi dating .
dengan bestfriend saya .
nama dia darina .

asal nya dia minta saya teman kan dia pergi klinik dan cuci kereta sahaja .
tapi saya utarakan hajat nak pergi wangsa walk .
padahal dia baru jeh balik dari wangsa walk kot .

sementara menunggu kereta dicuci , saya bercerita kat dia pasal Aziz Hazmi, Hanis Zalikha dan Irine Nadia .
saya suka tiga orang ni .
mereka sangat humble =.='
saya tunjukkan fan page AH, HZ dan IN .
dena kata HZ cantik !

tujuan ke wangsa walk adalah untuk skodeng AH.
sebab dia ade post gambar dia tengah main bowling kat Wangsa Bowl .
tapi malang nya kami tiba lambat, dan AH sudah pulang .
huuu ~
jadi , kami hanya menghabiskan waktu mencuci mata di Wangsa Walk .

masuk guardian sebab dena nak beli pencuci muka .
tiba tiba saya teringat kan Kotek Luxe yang saya tengok dekat blog Eny.
"eh kau taw tak pasal kotex luxe yang pad berdesign tuh ?"
nasib kami baik .
kebetulan, hanya tinggal kotak yang tinggal.
satu kotak tuh gam nya sudah terbuka, jadi yang lagi dua , jadi milik kami ;)

lepas tuh , dena beli kasut baru ;)
kasut tuh saya yang pilih .
warna putih .
kata dena "kalau orang tanya, nak cakap ni farah yang pilih"
pastu saya cakap "tunggu sampai orang tu cakap cantik kasut baru cakap farah yang pilihkan taw"

lepas tuh , kami singgah di kiosk Hot & Roll .
saya tak pernah makan lagi benda ni .
ada 2 pilihan , crispy and pratha .
saya ambil pratha dan dena ambil crispy .
sedap ! ;)

sebelum balik uia , we had our dinner at Taman Melati.
kami makan nasi putih , telur bungkus dengan tom yam campur .
sambil borak borak .
cerita pasal masa kami kat matrix .
huu ~ best best !

saya sempat belikan dena pin ribbon kecik comel warna pink .
hope you like it dear ;)













dua tiga hari ni saya berdepan dengan pelbagai dugaan .
dugaan besar yang berat untuk saya hadapi sebenarnya .
tapi saya gagah kan juga .
saya ada tanggungjawab untuk di laksana kan .
doakan saya kuat ye ;')



t/t : skema kann ? aku rasa nak ketuk otak sendiri sebab buat aku taip entry skema macam ni . HAHA !

Tuesday, December 28, 2010

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #6


Fahmie koma selama seminggu. Dia mengalami pendarahan yang teruk. Lisa setia menanti di sisi suaminya.

“Lisa….” Fahmie bersuara.
Lisa terjaga dari tidurnya.
“Abang. Abang dah sedar? Lisa panggil doktor ye,”
“Tak payah, abang kan doktor,” Fahmie tersenyum.
Lisa turut tersenyum. Air mata mengalir perlahan di pipi.
“Kenapa menangis ni sayang? Abang tak de pukul pun, ”
Lisa mencubit lengan Fahmie.
“Sakit lah sayang. Tak sayang abang dah ke? Tau lah dah berbalut-balut macam mumia. Tak nak…..”
Lisa meletakkan jarinya di bibir Fahmie tanda minta Fahmie diam. Banyak cakap pulak.
“Lisa sayang abang,”
“Apa?”
“Lisa sayang abang,”
Fahmie mencuit hidung isterinya manja.

Hari ini, Fahmi dah boleh discharge. Seluruh ahli keluarga datang menjemput Fahmie. Dah macam anak raja pulak.

“Mama bersyukur sangat anak mama dah sihat. Setiap malam mama doa tak henti henti. Anak mama dah lah sorang,” ujar Puan Zubaidah, mama Fahmie.
“Anak mama mana boleh mati lagi. Fahmie belum sempat nak raawwwrr dengan Lisa lagi. Kan sayang?” kata Fahmie sambil tergelak besar. Semua yang ada turut tergelak. Merah padam muka Lisa dibuatnya. Ciss! Nak kena ni.
“Nampak ni?” soal Lisa sambil mengeluarkan spanar size 19 dari handbag nya.
“Wohh! Ada lagi benda ni?” Fahmie terkejut dan hampir-hampir terjatuh dari katil.  “Sayang, balik ni, we have to sell it. Abang dah tak sanggup hidup di bayangi spanar saiz 19 ni. Dari dulu kot. Ngeri je,”
“Tau takut ye,” kata Lisa sambil mengangkat kening ala Kak Ziana Zain.

Sekali lagi mereka semua tergelak. Lucu betul Fahmie dengan Lisa ni.
--- Habehh --



.[cerpen] Spanar Saiz 19. #5


Hari bahagia yang di tunggu tiba. Sebentar lagi, Lisa dan Fahmie akan di ijab kabulkan berwali ayah Lisa sendiri. Lisa dan Fahmie memakai sepersalinan putih bersih di hari pernikahan mereka. Cantik! Fahmie hampir tersadung pintu rumah tatkala melangkah masuk ke dalam. Nervous ke terpegun tengok Lisa?

“Ekau dah sedio nak jadi menantu den ni Mie?” tanya Encik Khairi, ayah Lisa.
“Sedio yah,” jawab Fahmie confident.
“Oi, bolum jadi ayah kau do,” tegur Encik Khairi “Kojap laie baru buleh panggil den ayah,”
“Saso plak ha. Sorry pak cik,” Fahmie menggaru-garu kepala nya yang tak gatal.

Ijab dan kabul dimulakan. Dengan sekali lafaz, Fahmie kini sah menjadi suami Elisa Adira. Fahmie menarik nafas lega. Dia sempat menjeling ke arah Lisa sambil menunjukkan tanda bagus. Lisa tersenyum gembira.

“Sekarang baru buleh panggil den ayah,” kata Encik Khairi kepada menantunya.
“Ya yah. Boleh saya cium Lisa yah?” soal Fahmie.
“Apo?”
“Boleh saya salam Lisa yah?” Fahmie membetulkan ayatnya tadi.
Encik Khairi tersenyum. “Boleh”

Lisa dah menghulurkan tangan terlebih dahulu sambil tersengih-sengih. Tak sabar betul Lisa ni. Gelojoh. Upacara membatalkan air sembahyang berjalan lancar. Majlis bersurai pada jam 11 malam. Esok akan berlangsung majlis persandingan di rumah Lisa.

“Sayang, kejap eh. Abang ada hadiah untuk awak, tapi kat kereta. Kejap tau, abang pergi ambil,” kata Fahmie pada Lisa.
“Okay. Elok-elok tau,” pesan Lisa.
“Depan rumah je pun. Tak de pape lah”

Tidak lama selepas Fahmie keluar dari rumah, kedengaran bunyi dentuman kuat dan geseran tayar kesan dari brek kecemasan. Seisi rumah keluar dengan segera. Fahmie terbaring di atas jalan dengan lumuran darah membasahi baju melayunya.

“ABANG !!!!!”

Lisa berlari mendapatkan Fahmie. Kepala Fahmie dipangku. Darah terus mengalir. Lisa menangis. Ayah segera menelefon pihak ambulans. Fahmie harus segera di bawa ke hospital. Lisa tidak berhenti boerdoa agar suaminya selamat. 



to be continue ...


.[cerpen] Spanar Saiz 19. #4



“Kau dah kahwin?” soal Lisa pada Fahmie.
“Dah, anak dua. Kan aku pernah cakap, 6 tahun, sempat punya untuk aku kahwin,” balas Fahmie.
“Oh, bagus lah, tahniah. Tak ajak aku pun,” perlahan suara Lisa.
“Sedih lah tuh. Kau kecewa kan?” tawa Fahmie pecah.
“Bodoh, jadah aku nak kecewa. Kau ingat aku suka kat kau ke? Perasan je,”
“Mengaku je lah Adi oi, eh Lisa oi,”
“Aku cakap tak, tak lah,”
“Bodoh lah kau ni. Kalau aku dah kahwin, tak de lah aku melepak dengan kau berjam-jam kat sini. Kau gila nak kena hambat dengan bini aku? Ambik bodoh kau balik,”
“Kau dah pandai melawan sekarang eh. Mana kau belajar ni? Ini yang kau belajar kat Russia eh? Melawan cakap aku. Sejak bila?” Lisa berdiri cekak pinggang di depan Fahmie.
“Aku belajar dari kau lah,” perlahan-lahan Fahmie bangun. Bersedia untuk melarikan diri.
“Dari siapa?” soal Lisa.
“Dari kau lahh nenekkkkkkkkkkkkkk” kata Fahmie sambil berlari.
Dan Lisa mengejar dari belakang.


“Kau nak kahwin dengan aku tak?” soal Lisa.
“Orang gila je nak kahwin dengan kau dowh. Dah lah ganas. Silap hari bulan, aku koma kat hospital sebab hari-hari kene spanar saiz 19 kau tu,” jawab Fahmie.
“Wei, sikit sikit dah lah. Lebih plak. Tak nak dah lah. Aku boleh suruh mak aku cari lelaki lain la,”
“Nanti kan, sebelum kau nikah, aku nak bagi pesanan supaya bakal suami kau tu bersiap sedia hadapi malam pertama dengan kau. Kau mesti rawwrrr punya. Aku jamin tuh. Tengok tengok laki kau taubat tak nak sebilik dengan kau dah. Hahaha..” Fahmie gelak besar.
“Bodohhh punya Fahmie. Kau siap kau. Kau jangan lari. Aku dapat kau, patah riuk aku kerjakan. Menetap lah setahun kau kat hospital kau tu. Hoiiiiiiiiiii!!!!!”


“Aunty Zu datang tadi, bawak hajat,” ujar Puan Khadijah.
“Hajat apa mak?” soal Lisa.
“Eleh kau, buek buek tanyo pulak. Kau yang suruh si Fahmie tuh datang minang, tanyo laie,”
“Hah? Mana ada. Hari tu dia cakap dia tak nak kahwin dengan Lisa,” Lisa terkejut.
“Omak eh yang koba, kato Fahmie suh datang minang,Lisa dah ajak kahwin. Takkan lah omak eh nak menipu plak ha,”
“Bodoh lah dia ni,”
“Apo kau cakap ?”
“Tak do apo lah mak. Mak sotuju yolah. Anak mak ni pun bukan mudo laie, dah 27 tahun,” Lisa tersengih macam kerang busuk.
“Gata kau yo. Dah mak sotujukan tadi,”
“Yeay! Sayang mak lobih lah,”

Lisa memeluk mak nya tanda terima kasih. Tak sangka pula Fahmie berani masuk meminang. Hari tu kata tak nak.  Eleh, suka aku lah tu.


to be continue ...


.saya suka budak UIA.

orang kata, kenangan paling manis adalah ketika zaman persekolahan .
tapi bagi aku tak , sebab aku tak suka dengan budak sekolah aku .
jahat . sekolah paling jahat pernah aku masuk .
lalalallaaa ~
stop it .
kang ade pulak yang terasa .
psttt ~ blog aku hari hari kene skodeng dengan diorang dowhh .
HAHA !

okayy , sambung cerita berkait dengan tajuk .
aku tunggu dena kat motor tadi .
nak ambil pendrive sebab nak amek notes .
pastu aku dengar orang gelak gelak .
aku toleh lahh .
sekali Mr.A weyhhh .
aww aww .
teruja lagi .
dengan scooter ego s merah dia tuh .
lalu tepi aku .

tak lama pastu , dengar bunyi motor besar pulak .
bebudak UIA ni kekaya semuanya .
tak terkira rasanya motor besar dalam uia ni .
huhu ~
tetiba Mista Macho pulak lalu .
ngaaa ~
suka suka lagi ;D

heee ~ kenapa ramai sangat jejaka macho, hensem, taf lagi segak bergaya kat uia ni .
eee ~ ai geram lahh .
nak sorang boleh tak ?






plishhhh , sorang jehh ;D
*panggg*











"muka cantik, pakai mekap tebal tebal, tapi jalan masuk longkang"
kan aku dah cakap ta yah nak admire sangat .

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #3


Sampai di tempat yang di janjikan, Lisa tercari-cari jejaka bernama Adzmir.
Fahmie melambaikan tangan kea rah Lisa.

“Hye, Adzmir?” soal Lisa sambil menghulurkan tangan.
“Elisa?” soal Fahmie kembali.
Lisa mengangguk sambil duduk. Tiba tiba dia disapa Meena, teman sekerjanya.
“Heyy Lisa,” Meena menegur. Dia bersama tunang nya, Raj.
“Meena. What’s up? Baru sampai ke?” soal Lisa.
“No, we’re heading back, you?”
“I’m just sat,” kata Lisa.
“Oh, well, who is this?” usik Meena nakal.
“Oh, meet, Adzmir, my friend. This is Meena and his fiancĂ©e, Raj. My colleague,” Lisa memperkenalkan Adzmir kepada Meena dan Raj.
“Okay then, we better get move now. Tak nak kacau kau orang. Have a nice dinner,” ujar Meena sebelum beredar.

“I’m sorry,” kata Lisa.
“Oh, small matter,” balas Fahmie.
“So, where are we?”
“We haven’t start yet,”
Lisa tergelak kecil.

“You are an engineer?” soal Adzmir selepas membuat pesanan makanan mereka.
“Yup. And you?” soal Lisa kembali.
“I’m a doctor,”
“What a great job you have,”
“Same as you. It’s quite rare for a woman to be an engineer,”
“Minat. Sebab minat, I jadi engineer,”
“I tahu tu,”
“You tahu?” Lisa bertanya hairan.
“Pemilik motorsikal Yamaha 125 ZR, NCL 9889, warna hitam, yang sangat suka pomen motor di waktu petang sebelum merempit di waktu malam,”
Lisa tergamam. Siapa lelaki ini?
“You siapa?”
“Adzmir Fahmie, budak lelaki yang Adi suka nak baling spanar saiz 19 kat dia,”
“OH MY GOD ! Fahmie !!!!!!!!” kuat jeritan Lisa. “I never thought that is you. Now, in front of me, ”

Fahmie tersenyum.

“You’ve changed a lot. Sampai aku tak cam dah weh,” sambung Lisa.
“Kau pun apa kurang nya. Lagi banyak berubah. Tak sangka pulak. Aku rasa 2 tahun je aku tak balik Malaysia. Dulu kau Adi, sekarang kau Lisa,”
“Hey hey. Kau tuh, elehh, dulu Fahmie, sekarang Adzmir. Menyampah aku,”
“Terkejut aku tak habis lagi. Dulu pakai T-shirt, seluar pendek, kasut sport,back pack. Sekarang dress, skirt,high heels, handbag. Huh! Superb! Dah tak Adi lah macam ni,” kata Fahmie disusuli gelak besar.
“Amboi sedapnya gelakkan aku ye. Kau nak kena eh. Spanar tak de, tumit kasut aku ada dowh,”
“Laaaa, aku ingat dah perempuan dah. Eh, apa cer motor kau? Dah jual ke? Pakai Civic sekarang,”
“Ada, aku bagi nenek aku pakai,” selamba Lisa menjawab.
“What?!”
“Gila lah kau ni. Aku dah jual lah. Takkan pakai skirt naik motor plak, koyak lah skirt aku der,”
“Kau cantik lah sekarang,”
“Tak pe bro, makan malam ni aku bayar, baju kau pun aku ganti balik, jangan risau,”
“Aku ikhlas ni babe,”
“Yeke? Sejak bila? ”
“Bodoh lah kau ni,”
“Siapa bodoh?” Lisa membulatkan mata nya.
“Semut ni haa” kata Fahmie sambil menunjuk ke arah semut yang kebetulan lalu di atas meja makan mereka.

Mereka melewati malam dengan bercerita tentang masa lalu. Mengimbas kembali kenangan bersama tika di sekolah. Ketawa dan usikan silih berganti antara mereka. Nyata, banyak perkara yang di ceritakan bersama.



to be continue ...


Monday, December 27, 2010

.Seremban Mini Gath - New Year.

sempena tahun baru , aku nak organize buat mini gath .
tapi kat seremban .
padan muka kau yang duduk kat singapura tuh .
tak dapat join .
HAHA !

setelah kejayaan aku bermini gath a.k.a berbuka puasa bersama zack zukhairi dan fatin liyana pada ramadhan yang lepas .
aku rasa nak buat lagi .
tapi kali ni tade lah zack zukhairi dengan fatin liyana tuh .
dorang tade kat malaysia .
kalau adik zack, okay tak ?
muka macam zack jugak .
hehee xD
*mati aku kene bantai satgi*

blogger seremban yang aku kenal bape kerat jeh dowhh .
kak ad, zack, fatin, azizul, adik zack, muzakkir, eh tu jeh yang aku taw .
semua blogger dok KL ke ?
HAHA !
tak pe.
ta yah ramai ramai pun okayy ;D
kan lagi ukhwah kalau sikit .
lalalalaaa ~

okay okay .
kalau kau rasa , kau ada dekat area seremban pada 1/1/11 , sila lapor diri kat sini , kat fb, ke fan page, ke fs aku ke, mana mana lah .
bagitaw kau nak join .
paling lambat malam esok .
pastu kita bincang bincang okay .

sama ada nak aktiviti kering atau basah ?
wakaka xD



kalau aktiviti kering tuh , indoor ah .
bowling ke, karok ke, elehh macam biasa .
outdoor yang kering pun boleh .
main guli, baling tin, galah panjang.
*macam dah tade mende lagi thrill kau nak buat*

kalau yang basah basah ni , mandi manda sambil berpiknik .
aku suka yang ni .
seremban dekat dengan Ulu Bendul dan Port Dickson .



Ulu Bendul

ni teaser baru =)



kalau terdayo nak men boling plak petang tuh .
HAHA !


aku ngah cari blogger gak ni .

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #2

Di KLIA.

“Kau jangan lah sedih. 6 tahun je babe. Sempat aku nak kahwin kat sana,” seloroh Fahmie.
“Kejadah sedih? Ada aku nangis? Ada mata aku berair? Setakat kau, heh. Bangla belakang rumah aku tu ha lagi bagus,” Lisa cuba menyembunyikan rasa sedihnya.
“Sampai hati kau samakan aku dengan bangla. Camni lah. Tak nak aku rindu kau,”
“Aku pun tak nak rindu kau. Buang masa je,”
 “Nanti contact contact kat Facebook eh. Kau jangan tak online pulak bila dah masuk UTM tuh,”
“Tengok, tengok, belum blah lagi dah rindu. Apa kes der? Hahaha. Tengok lah kalau aku rajin,”
“Sombong,”
“Apa?”
“Tak de pape,”

8 tahun kemudian.

“Ye ye, aku datang ni. Dah on the way dah ni, kejap lah,” Lisa bingkas bangun dari kerusi, mencapai handbag, fail dan kertas kerja. Dia betul-betul terlupa pasal meeting dengan Tan Sri Zakaria dia Bangsar. Nasib baik dekat, kalau tak, mahu macam pelumba F1 dia memecut Honda Civic nya.
Sedang dia menuruni tangga menuju ke kereta, dia telah terlanggar seseorang hingga menyebabkan orang itu terjatuh ke dalam lopak air.
“Ya Allah, Encik, saya mintak maaf. My bad. Oh God. I’m so sorry. Are you okay?” kata Lisa tanpa henti dengan lajunya.
“Is this look okay to you?” kata Fahmie sambil menunjukkan bajunya yang kotor pada Lisa.
“Okay, it’s not okay. Macam ni, I’m in hurry. I ada important meeting. So, please. Can you excuse me? This is my card. Please, do call me. Saya akan ganti baju encik. Please, call me okay. I’m sorry. I got to go now,” Lisa berlari setelah mengutip segala barang barang menuju ke keretanya. Dia dah lambat!
“Heyyy,”

ELISA ADIRA BINTI MUHAMMAD KHAIRI

Adi?

“Hello, may I speak with Elisa Adira binti Mohamad Khairi?”
“Yes, speaking. Who is this?”
“I’m Adzmir, the man yang you langgar sampai kena lopak air minggu lepas,”
“Adzmir? Ouhhh, yah yah yah. I remembered. First of all, I’m sorry again for the incident. I’m in hurry,”
“It’s okay. Can we meet? You owe me one Elisa,”
“Sure. I’ll pay everything,”
“Everything?”
“Err.. I mean the costs,”
“Okay. Tonight, 8:30 PM at The Gardens,”
“Deal!”

‘Dah banyak berubah’





to be continue ...


.goes around.

cepat nya roda tuh berpusing .
semalam kau bagi aku bahagia.
hari ini derita pula menyusul .
tak sangka ia sepantas ini !










cerita kat bawah ni tengah tengah hari cikit aku post yang ke dua .
entah. mohoh Allah permudahkan hidupku =')
jika hati ini masih belum pasti siapa gerangan empunya, aku redha jika dia bukan untukku .

.[cerpen] Spanar Saiz 19.

“Elisa Adira !” jerit Fahmie , ketua pengawas sekolah dari jauh .

Langkahan Lisa terhenti dek jeritan Fahmie . Dia berpusing dan berjalan dengan laju ke arah Fahmie.

“Kau apahal jerit jerit nama aku? Nak kena?” tengking Lisa.
“Kau buat apa tadi?” soal Fahmie.
“Kau tak nampak ke aku tengah jalan tadi?”
“Sebelum tu?”
“I’m walking and walking, my dear Fahmie,”
“Yah, you were walking and walking while littering,” sambil menunjukkan plastic bungkusan makanan yang dibuang Lisa sebentar tadi.
“So?”
“Hey, kau dah buat salah okay,”
“Then?”
“Kau tak nampak tong sampah kat depan tu ke?”
“Opss sorry. Tapi alang alang kau dah kutip sampah tuh, apa kata kau je yang buang kat dalam tong sampah, okay. Byee,” Lisa berlalu pergi.
“Kurang ajar punya perempuan, siap lah kau balik nanti,”

Lisa bernyanyi-nyanyi tanda mengejek.

“Weh Adi, aku ada berita gembira nak bagitahu kau ni,” kata Fahmie sambil mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.
“Apa?” Lisa masih membelek motorsikal pemberian ayah sempena kejayaan nya dalam SPM yang lepas.
“Ni ha,” Fahmie menghulurkan sehelai kertas kepada Lisa.
Lisa menyambut kertas itu .

Lisa diam membaca sebelum dia bangun dan mencampakkan spanar ke lantai. Dengan spontan, Lisa memeluk Fahmie. Fahmie tergamam.

“Wohhh! Congrats bro! Medic tuhh. Kat Russia lagi. Hebat lah kau. Bangga aku dowh dengan kau,” Lisa kelihatan begitu gembira.
“Kau apa cer?”
“Hurm…. Aku kat Malaysia je bro. Tak layak nak pergi overseas macam kau,” Lisa kembali membuat kerja yang di tinggalkan tadi dek kerana terlalu excited.
“Hek eleh. Kau yang tak nak pergi interview. Kata tak nak tinggalkan mak ayah lah. Padahal manja,”
“Hoi hoi , siapa manja? Kau nampak spanar saiz 19 ni? Kang ada yang melekat kat dahi kau yang licin bak sutera tuh kang,”
“Garang nya. Relax lah babe. Elok benar kau duduk kat Malaysia ni. Jadi bodyguard mak ayah kau. Ganas semacam. Macam lelaki,” kata Fahmie sambil menghirup air sirap yang disediakan oleh mak Lisa.
“Kau cakap balik. Aku tak berapa nak dengar lah bro,” Lisa menghampiri Fahmie sambil menghayun-hayunkan spanar saiz 19 di tangan.
“Eh, aku tak cakap apa-apa lah. Burung ayah kau yang berkata-kata. Aku diam je, minum air sirap mak kau buat ni ha,” Fahmie tunduk.



to be continue ...


Sunday, December 26, 2010

.T E R U J A.

yuuuu , nampak tak ai caps lock kan title ai tuh ?
tanda nya ai sangat sangat super duper teruja okayy .
HAHA !

aww aww rasa nak pengsan ni .
cepat cepat sambut ai .
okay tape . ai berat , tak yah sambut .
kang ade yang patah pinggang =.='


yu rasa sebab apa ?
hurmm . ouh ai tak dapat pun jumpe hizami hensem eh hizami rahim . (kenapa mesti zami ? huii ~ den teringin na nak jumpo dio tapi jodoh kitorang macam berat gile ouhh nak jumpe . HAHA !)
jadi jawapan yu salah .
teka lagi , teka lagi .
lalalalaaa ~

okayy dahh .
jawapan yu semua salah ;)

setelah 2 tahun tak ber contact .
tah dari langit ke berapa tah keberanian ai datang nak call dia .
okay ai nama kan dia ... hurm .. Mr. XOXO .
hehe xD

selama ni ai simpan jeh nombor phone dia dalam phone book .
tergerak nak mesej tapi takut .
ada hati nak call tapi takut .
tapi tadi , ai berjaya call .

2 panggilan pertama , kakak maxis jawab .
"the person that you call is not available"
2 kali yu .
okayy ai dah give up .
moody dahh =.='

tak lama pastu ai dapat mesej .
masa ai nak exit dari mesej tuh , ai nampak missed call kat skrin .
ouhh ai silent phone jadi tade ringing .
wah wah wah !
jatuh kejap jantung ai ke lantai midvalley tuh .
naseb baik tade sape yang sepak .
kalau tak , jenuh nak kejar kutip balik jantung yang disepak tuh .

1 Missed Call
Mr. XOXO

lepas tuh , ai berani untuk kali ke dua .
ai call him back .
malang nya kakak maxis sambut lagi .
ai hang up phone .
5 saat pastu , ai call back .
aw aw aw .
ai DENGAR SUARA MR.XOXO (kene large sebab esaited) di hujung talian .
wuuu ~ ai rasa time tuh jantung ai dah naik ke langit .
rasa terbang terbang .
ai rindu suara Mr.XOXO .
rindu sangat sangat .
2 tahun ai tak dengar suara dia .
ai tak pernah lupa kat dia .

adalah dalam 4 minit kitorang on phone .
walaupun cakap benda biasa biasa jeh tapi ai rasa HAPPY .



















p/s : zami , innz dah okay lepas on phone dengan Mr.XOXO . lupa segala apa yang jadi rini ;)

.horayy untuk kau.

fadan muka kau !
fadan muka kau !

*hentak hentak kepala kat bantal . *

buat lagi perangai .
buat lah lagi .
marah dia lagi .
marah lahh .
sabar sikit tak bolehh ?
letak tepi ego kau bolehh tak ?


sekarang kau tanggung sendiri .
jangan nak mengada cengeng sangat ehh .






wuwuwuwuwuw ~
hujan T____T


Saturday, December 25, 2010

.ontah apo masalah eh .

wifi uia ni tak support facebook ko ?
sobab eh kalau bukak blogger , laju yo .
cubo bukak facebook , songah jam pun bolun tontu laie abih load .
pastu , ta yah borangan nak IM chat ko hapo ko .
memang manjang nampak den off yo lah walaupun den on .
haih ~
weken pun manyak langsi L maaa .


.memikat hati readers.

kau suke taip / tulis emoticon tak ?
aku suke ;)
sebab tangan ni dah macam otomatik akan taip / tulis emoticon .


ouhh kau ingat tak iklan emoticon kat tb dulu ?
pelakon dia rashid salleh kalau tak silap aku .
masa tuh tah tahun bila tah .
rashid tunjuk cara nak buat emoticon kat ade sorang india ni .
dia terbalik balik kan hp tuh nak tunjuk how's the emoticon function actually .
kau tak ingat ?
short term memory ni .
hehe xD


kau sedar atau tidak , emoticon ni main peranan penting dalam sesuatu penulisan .
kalau pun kau tengah menulis dengan marah .
tapi di hujung ayat ade emoticon smiley macam ni ;) , readers yang baca juga akan tersenyum .
kau , sebagai reader's blog orang pun mengalami yang serupa .
tak caya ?
meh kita try .


eshhh aku bengang betul dengan pemandu kat malaysia ni .
suka suka jeh nak bawak kereta tengah highway kat lane 2 / 3 dengan macam makan angin .
huh . tak belajar undang undang ke ?
haa yang lane 2 / 3 tuh untuk sederhana laju dan laju .
grr ~
tapi tak pe . demi keselamatan , aku redha ;)


ade rasa tersenyum takk kat hujung ayat ?
bek kau cakap ade .
jangan memalukan aku yang penat bercakap ni .
eh bukan , tangan yang menaip ni .

tapi satu tanda yang aku tak suka , yang pengaruhi perasaan aku .
iaitu tanda seru (!) .
bagi aku tanda seru ni tanda penegasan yang marah .
even ayat kau lemah lembut , tapi at the end of sentence kau letak tanda seru , emosi aku berubah .
huh . ingat senang jadi readers ?
HAHA !

sebagai contoh .


maisarah belanja aku makan sebagai tanda terima kasih !


aku keliru , dia ni nak happy ke marah ?
seriously , aku tak suka tanda seru .
aku akan guna kalau aku marah jehh .
huhu ~

lepas tuh , ketawa .
kau menaip dan rasa nak gelak .
kau suarakan gelak kau melalui apa yang kau taip .
macam "haha , hehe , hihi " dan macam macam style lagi .
ikut suka kau .
even ayat kau tak lawak tapi bagi kau ia lawak ,(macam ayat ayat aku) tapi bila kau letak perkataan yang menandakan kau gelak , readers akan turut gelak .








bukan susah nak pikat hati readers .
bukan hanya sekadar apa yang kau taip tapi gaya juga memainkan peranan .
aku rasa , aku jeh sorang yang baru nak tulis pasal ni .
selama ni so-called-blogger-otai suka cakap pasal style menaip yang annoying macam "adew akuw kesa ?"
so klise ~



esok aku ade kat MIDVALLEY bukan TIMES SQUARE .
maaf tak dapat join .
in fact , aku tak rasa nak pergi pun .
hehehe xD


.saya tak pandai English, kesian , eh sekian .

hola ! hola !
selamat pagi .
ini entry scheduled .
memang tak lahh aku nak bangun pagi pada hari sabtu yang patut kau bangun lambat kann ?
HAHA !

malam tadi , aku macam rasa nak makan McD tapi end up , aku pergi KFC, Giant , Batu Caves .
kau jangan tanya kenapa .
susah aku nak explain .

dah alang alang aku sampai Giant , aku terfikir nak cari novel .
dah lama tak layan novel .
last aku beli , tahun lepas rasa nya =.='
nak nak pulak awal sem ni tade pe sangat , jadi banyak masa free .
layan novel pun oryte .
dari ngadap lappy jehh ;D

aku beli novel melayu jeh .
keluaran alaf 21 .
aku tak pandai english macam kau .
setakat tulis esei standard budak skolahh boleh lahh.
nak bace english novel , memang cannot go ouh .
tak paham langsung !
HAHA !

tajuk novel tuh "SEJUJUR HATIMU"
kau boleh pergi cari dekat book store novel ni.
memang best !
memandang aku ni jenis malas dan simple , aku baca 2 3 baris jeh ayat kat sinopsis yang memang tak masuk dalam otak .
aku tengok harga .
aku pergi kat kaunter , bayar .
aku bukan jenis nak telek one by one .
ouhh so wasting my time .

so far , aku tak pernah regret lagi dengan novel novel yang aku beli .
sebab bagi aku yang dah baca , cerita memang semua so malay , which means, sangat jiwang .
hehehe xD
and aku berpuas hati .

seingat aku lahh , aku sebuah novel tuh , buat aku sampai menitis air mata .
duhh ~
apo menjiwo sangat kau ni perempuan ?

tapi kau tahu tak , di sebalik ke tak regret an aku tuh , aku sebenarnya ade regret gak .
kau pahamm tak ape aku cakap ni ?

jenis aku , sekali aku baca , and thats it !
aku takkan baca lagi untuk kali ke dua tiga dan seterusnya .
sebab dah tade feel .
aku dah taw cerita dia .
sebab tuh , kalau kau tengok rak buku kat bilik aku , novel novel aku semua dalam keadaan baik .
macam baru beli woot !

lepas tuh , kalau time aku ngah baca and tetibe jeh TERBUKAK and TERBACA ending kat page terakhir , aku dah tade semangat nak baca .
sebab aku dah tahu ending dia .
so bagi aku , thats no point untuk aku bace semua konflik ke hape ke , sebab aku dah ending dia sedih / gembira .
susah jadi aku ni .
ke orang lain pun macam aku jugak .


sekarang , aku dah HABIS baca novel tuh , and aku rasa nak jual balik .
bolehh tak ?
ke trade in untuk novel baru ke ?
sebab aku memang dah takkan nak bace lagi dowhh .
HAHA !











duet , sila cepat masuk bank .
aku nak borong novel plak pasni .
lalalala ~

Friday, December 24, 2010

.mimpi tak logik #3.

malam tadi aku mimpi .
mimpi yang macam biasa - ntah pape - yang tak boleh buat petanda .

mula mula aku mimpi zack .
adehh ~
nape mesti dia ?
nape tak awal ashaari ?
nape tak awal ashaari ?
*hentak hentak kaki*

aku mimpi zack kahwin .
tapi dia tak inform kat orang lain .
eh eh bukan dia kawen kat siam .
tak tak tak .
dia kawin kat malaysia cuma dia tak hebahkan perkahwinan dia kat peminat peminat dia .
dalam mimpi tuh , aku nampak dia tengah bersanding .
memakai persalinan biru putih .
aku tengok dari jauh jehh .
orang tak ajak kannnn T___T
tapi that gurl tak pakai tudung .
gf zack pakai tudung kan ?
jeng jeng jeng .
siapakah gerangan wanita itu ?
hehehe ;D
kak itah , jangan risau , mimpi farah ni tak boleh pakai ;D

lepas tuh , tetiba beralih tempat dalam rumah tah sesape .
tapi aku claim tuh rumah aku .
HAHA ! bolehhh ?

kejadian kat ruang tamu .
ada sorang mamat yang dikenali di alam mimpi tapi tak dikenali di alam nyata .
dia ajak aku join MLM dia .
pastu dia keluarkan semua bukti cheque yang dia dah dapat kat aku .
BANYAK !
berpuluh puluh riban .
tapi ntah nape aku cakap macam ni " banyak tapi nape kau asek tade duet jeh ? tak kaya pun aku tengok "
dia terus terdiam .
haaaa ~ ini petanda , MLM tak boleh dipercayai .
HAHA !

lepas tuh , lepas tuh , nak hujan .
tibe tibe mak aku jerit suruh angkat kain di jemuran .
"aini , angkat kain di jemuran , hujannn dah turunnn"
lebih kurang gitu lahh mak aku jerit .
HAHA ! okay , aku tipu . mak aku tak old skool macam tuh .
koman koman dia cakap ceni "dah nak hujan kat luar tuh kak , reti reti angkat kain"
melalut plakk =.='

kau tahu apa yang best angkat kain dalam mimpi aku ni ?
mak aku sidai kain dekat seberang jalan besar .
bapak jauh !
by time aku sampai kat ampaian , hujan lebat turun .
by time aku sampai kat rumah , kain dah basah lenjun .
=.='

macam ni lah keadaan jarak rumah aku dengan ampaian .
siap sempat aku tengok ada bas excident lagi .
pelik pelik =.='

lepas tuh , aku dah malas nak sambung mimpi merepek ni .
aku terus bukak mata , mengeliat ala ala gimnas sikit .
tengok hp , tekan button off call .

1 New Message .

slide up hp .
1 New Message
Ayah~H

pitih doh anto 3 xatuih

paham takk ?
aku paham .
ayah aku suke jehh anta mesej eja stail gini .
pengaruh encik mizi lahh ni eh .
hehe ;D

jadi ?
ahad ni ke midvalley yuk !
yeay !


itu campur dengan duit beli buku teks lahh .
duet aku RM50 jehh ;D

Thursday, December 23, 2010

.jom jimba jimba dalam mimpi.

PT dah masuk , PT dah masuk , YEAY !
boleh g shopping ! ;D

ouhh tapi malangnya , aku punya duet tak masuk lagi .
balance dalam bank RM13 jek .
mana RM3500 aku ?
mana ? PT songlap duet aku ke ?
atau unibersiti tolak semua duet aku ?
HELP ! HELP !

kau meroyan ape ni perempuann ?
sejak bila kau apply PT ?
haa ? haa ? sejak bila ?

setiap sem , aku mesti dapat duet lambat .
kali ni aku hantar result cepat jehh kot .
tapi still tak dapat lagi T____T
nak jugak shopping barang barang sama teman .
hik hik hik ;D
ni kang , time duet dorang dah tinggal RM 100 , duet aku baru nak masuk .
sobz sobz .
nak ajak shopping pun , pikir lapanpuluhlapan kali .

tapi tak pelahh .
"kalau dia adalah biasiswa , dia akan lewat di bank in . harap bersabar"

kalau bende free ni , memang lambat kann ?
*mampus aku kalau Nestle taw ni*

.pasal budak PMR.

aku lupe yang hari ni result PMR kua .
ahh kau jangan tanya bape aku dapat masa PMR .
itu cerita lama .
ta yah nak ungkit .
*alasan untuk orang yang mendapat result teruk. HAHA !*

akak , alip , ami , adik .

tahun ni ami amek PMR .
dia pergi tusyen math jehh .
macam aku dengan alip dulu lahh .
masa nak PMR dengan SPM , ibu suh masuk tusyen math kat cikgu Osman Buyong ;D
cikgu terbaek !

memang pesen adik beradik aku malas belajar kat rumah .
dari aku membawak ke alip pastu ami pastu adik .
kalau tade homework , memang tak nampak ah kami bukak buku .
HAHA !
kadang kadang tuh sebab homework dah siap kat sekolah .
balik rumah time untuk tengok tb , main main .
heheh ;D

2 tahun lepas , ayah potong line streamyx kat rumah T____T
sebab prestasi ami dengan adik kat sekolah teruk !
err shud i say menurun . hihi ;D
setahu kot tade internet kat rumah .
sedihh ~
setiap kali cakap pasal streamyx , mesti aku akan salahkan ami dengan adik .
sebab memang salah diorang pun ;p
HAHA !

eh aku nak cakap pasal result ami lahh weyhh .
pe melalut sampai ke streamyx bagai ni .
grr ~

aku text dia "bape dowhh ?"
tak lama pastu no ibu yang reply  "ami dapat 4A 4B"








aku heran betui lahh , budak ni tak nampak belajar pun kat rumah .
macam mana boleh lagi pandai dari aku ni ?
alip dulu pun gitu , tak nampak belajar, tapi bile result kua , macam haram jeh result , opkos lagi tinggi dari aku .

ahh tade tade .
soklan PMR yang makin senang .
grr ~

ami nak masuk TEKNIK TUANKU JAAFAR .
sekolah teknik terbaek kat seremban .
sekolah kluster tuhh .
tah pejadah kluster tuh , aku pun tak taw .
lalalalala ~


congratz bro !

.selamat ber gathering !.

macam yang korang dah tahu , ahad ni ada big gath kat ts @ Times Square bukan The Store.
sape nak pegi , boleh refer kat blog melz ;D

bulan lepas , aku meroyan nak gath dengan bloggers .
sebab aku rindu korang .
wuwuwuw ~
drama plak kau .

tapi sekarang tak dah .
bila aku fikir balik pengalaman join 2 gathering , aku dah give up .
MALAS .
nanti hati cedera lagi .
nak kene pergi jumpa doktor lah , wat operation lah .
leceh .
HAHA !

aku tak nampak any difference yang jadi after joined any gath .
sebab PADA AKU , yang dah well known bertambah well known .
yang unknown remains unknown .
setakat blogger cikai macam aku ni , toksah mimpi lahh .
takkan ada yang akan tegur kau punye .
semua buat hal ikut group .
seyes T____T
itu dari kaca mata aku .
sorry to say , but that's what i feel ;D

kalau gath yang melibatkan less than 10 bloggers , aku akan join .
sebab dah tentu tentu kau takkan rasa terpinggir dan semua akan beramah mesra .
sebab kuantiti dia sikit .




























alaaa , zack zukhairi pun tak minat nak join any gath .
jadi , nak ikut macam dia lah .
ehhh ai kan adik dia .
KAH KAH KAH !

Wednesday, December 22, 2010

.maluu lahh shayer hik hik hik.



.Encik B datang berkunjung.

sebenarnya , niat aku nak share apa yang aku belajar pasal moral tadi kat kelas .
tapi aku rasa tak layak pulak nak cakap pasal agama .
jadi , tak yah share .
HAHA !

kau takut dengan beruk tak ?
aku takut gila oi .
last sem kann , maggi aku kene curi dengan beruk .
habehh makanan peberet aku . =(

memula aku marah gak lahh .
pastu tak jadi marah sebab aku pikir , aku dok tingkat 4 , takkan lahh beruk boleh naik sampai atas .
ternyata aku SILAP !
memang dia boleh reach sampai level 4 .
beruk kan kuat memanjat .
kau suh panjat KLCC pun , boleh sampai puncak .


ri ape tah ritu , kakak bilik aku cakap , beruk masuk compartment dia.
amek roti .
time tuh , dia bukak tingkap , tengah mengait , pastu beruk masuk .
depan mata dia dowhh .
selamba yay jehh beruk tuh melepak situ .
pastu beruk tuh blahh sambil merembat roti .
tak lupa tuhh .

pada jam 12:24 tengah hari, aku tinggal berseorangan . (apahal skema sangat ayat aku ni ?)
yang lain ade kelas lagi .
aku ngah makan sorang sorang sambil tengok tengok fb dengan blog .
tetibe aku dengar bunyi bising .
macam ada orang cari barang .
diam jap .
tak lama pastu , dengar bunyi barang jatuh .
aku dah tatot =.='
hantu apakah siang siang ini ?

aku biar diam jap , pastu aku g tengok tempat kejadian .
compartment kakak yang sama .
aku nampak penutup botol kaler merah terbalik atas meja .
*maaf kakak, saya ceroboh bilik kakak ;D*
pastu aku nampak tingkap terbukak .
SAH !
encik beruk telah berkunjung lagi .
panjang betul tangan encik beruk .


ai tatot nyahh . (dah terikut izuddin =.=')

Tuesday, December 21, 2010

.rasa comel.

kelas rini pukul 10 pagi , tapi aku tak pergi .
sebab ?
plug kat bilik tak boleh pakai .
jadi , tak boleh iron baju , tudung .
aku cari gak baju yang tak yah gosok tapi tak de T____T
end up , pas mandi , aku sambung tido sampai pukul 1130 pagi .

oleh kerana tak pergi kelas pagi , dah tak dapat nak usha jerit jerit nama mejahh kat econs .
see niat dah tak baik , tu pasal tade letrik .
HAHA !
selamat kau kali ni mejahhh ;D

kelas petang pukul 2 .
plug dah boleh pakai .
dah gosok baju , siap cantik cantik .
pergi kelas tapi tak de lecturer .
hoi !
sabar je lahh aku ni .
grr ~

okayy . itu part tak best .
part best , heheheheeh ^_____^
asal gelak dulu ni ?
aku teman hawa pergi basuh motor tapi tak bersih T____T
sorry hawa .
eh nape aku plak yang mintak maaf ?
kan patut nya orang yang cuci tuh mintak maaf .
grr lagi ~

basuh motor tak best .
yang best , aku bawak motor dia.
eh bukan motor tapi scooter .
err ape beza motor dengan scooter ?
HAHA !
scooter dia tuh ego s.
masa mula mula bawak tuh , rasa comel gile dowhh .
handle dia kecik jeh.
tak balance gak ahh memula .
seb bek tk jatuh .
kah kah kah !
kalau jatuh , memang sampai bebile hawa tak bagi aku bawak scoot dy lagi .
heheh xD

jakun plak aku kan dapat bawak scoot ?
HAHA !

.klise klise.

dulu kau gemuk , baju yang pakai semua longgar longgar .
tudung kau pun semua labuh labuh .
sekarang kau dah kurus , baju yang kau pakai semua melekat kat badan macam bengkung .
sekali kau tunduk , nampak badan .
tudung kau pun dah makin pendek dan makin jarang .
atau lebih teruk , tudung kau dah kau jual a.k.a hilang !

dulu tade sape kenal kau .
kau kawan jehh dengan sesiapa .
kau bolehh jeh lepak kedai tepi jalan .
sekarang kau dah popular , ramai orang kenal .
kau memilih kawan .
kau nak kawan dengan orang yang setaraf dengan kau jeh .
yang popular macam kau jugak .
paling cikai pun kau pergi makan dekat Kenny's Roger .


tiada kawan yang akan mengaku kawan dia buat salah .
kann ?




"hidup ibarat roda, kejap kau kat atas, lepas tuh, dia akan berpusing dan kau kini di bawah"

Monday, December 20, 2010

.photoshop lagi.

tengok tengok , aku dah reti nak bagi salam .
selama ni hoi hoi jeh dengan orang .
haipp biadap sungguh ;p

kan petang tadi plug tak boleh pakai .
battery lappy dah nazak .
jadi , aku gegodek photoshop .
ouhh sebelum tuh "YEAY ! LAPPY DAH ADE PHOTOSHOP BALIKK"
sebelum ni ada , tapi pas adik aku tuka windows , dia tak masukkan balik .
last week baru dia masukkan ;D
okayy sambung cite, header buruk lagi malas tuh lahh hasil godekkan photoshop petang tadi .
itu pun bape kali oter .
aku still tak reti nak buat kemas kemas .
selekeh jehhh T___T

maaf kan lahh beginner ini yep ;D
pasni aku nak cari buku photoshop for dummies xD
pastu , kompom aku pandai lepas refer ke buku tuh .
HAHA !

dah makan ?
belum ?
aku belum makan sebab malas .
*makan pun malas kaa ?*

.not a good start.

petang semalam , aku sampai KL pukul 630 petang kau tahuu ?
fuhh ~ 3 jam dari seremban.
jammed punya pasal .
redha je lahh ai T_____T

lepas dinner , mandi , solat pe sume , tutup lampu , terus tido .
okayy fine , aku letih dan mengantuk .
time time ni lahh aku rasa , alangkah bagusnya kalau ade kereta walaupun aku tak suka bawak kereta .
ouhh cakap pasal kereta , adik aku BERJAYA membawak kereta pulang ke GMI .
wat the chickenn ?
"aku bawak kereta, jangan jeles" dengan muka gembira .
lempanggg kang .
grr ~
ZR dia lepak kat rumah lahh sekarang ni .
grrr lagi ~

ehh dah dah .
pagi tadi until now , plug kat level aku tak boleh pakai .
tak dapat iron baju , tak dapat charge battery .
heh sungguh .
itu jeh dapat cite .
nanti sambung lagi .
lampu bateri dah kelip kelip oren .

.allergic sekejap.

pernah tak kau dengar atau baca cerita pasal alahan orang mengandung ?
biasa nya apa yang menjadi favourite orang tuh time tak mengandung , akan menjadi alahan ketika dia mengandung .
sebagai contoh ;

K suka sangat make up .
kalau keluar rumah , tak sah kalau tak make up .
K akan rasa macam something tak siap kalau dia keluar rumah tanpa make up .
tapi sejak K mengandung , dia tak boleh langsung nak mengadap make up macam selalu .
dia tak boleh langsung bau barang barang mekap .
rasa nak muntah .

M suka sangat memasak .
sejak kahwin dengan F , mereka tak pernah makan kat luar .
sebab M rajin memasak .
tapi sejak M mengandung , mereka asyik makan kat luar .
sebab M tak boleh langsung masuk dapur .
tak boleh bau bawang , cili , kari dan lain lain .
rasa mual , loya .


ini contoh jehh .
tak semua aku rasa yang ada alahan .
BUT , macam mana kalau satu hari , aku ditakdirkan mengandung  .
ehh dah nikah lahh time tu .
jap , aku fikir , aku suka apa .




haa ...
aku suka dengan internet , motor .
kata lahh aku ada mengalami alahan alahan tuh .
adakahh aku akan mual, loya setiap kali mengadap internet ?
atau mungkin aku akan muntah sejurus melihat motor ?
atau lebih teruk , pengsan kala nampak kelibat motor lalu ?

OUHHH NOOOOO MANN !!
ai tak sanggup . =.='
nanti blog ai sape nak update ?
kalau tak update , cene nak gain earning dari nuffnang ?

okay stop it innz.
nonsense .

Sunday, December 19, 2010

.tak rindu lahh weyhh.

adik bongsu aku dah seminggu away dari rumah .
sebab attend kem perkampungan al-quran kat masjid khariah sikamat .
*kene paksa dengan ayah ibu . hik hik hik ;D*
kau nak taw ?
masjid tuh sejengkal jeh jarak dengan rumah aku .
sejak adik aku dok berkampung dekat masjid tuh , 5 kali sehari , every prayer time , ayah pergi solat dekat masjid .
aku cakap kat ibu "alaaa ayah rindu adik lahh tuh"
ibu cakap "bukan , kene lahh jadi contoh , anta anak pegi kem al-quran tapi ayah tak muncul muncul kat masjid"
ngaaa ~ terbaik jawapan ibu .


kalau aku balik , dia lah yang sikit sikit akak, sikit sikit akak .
kang aku dah bangun "yeay !akak dah bangun"
gilaa betul . aku bangun pun nak bersorak .
dia tuh paling manja dengan aku .
dia tak berani dengan abang abang dia .
paling kuat bertekak pun dengan aku .

ritu , aku bukak lahh fb adik bongsu aku .
saje okayyy .
tetibe abang dia lalu .
"kau kenapa kak ? takkan rindu adik kot ?"
chit ! memang tak lahh aku nak mengaku .
HAHA !
aku cakap "hotak kauu . aku nak tengok mende ni ha . seberapa jahatkah anda ? asek 0% jehh"
adik aku percaya ! yeay !














petang ni balik KL .
grr ~
minggu depan tak balik rumahh .
bila nak jumpe adik aku ?
lalalalalalaaa ~~








oi oi oi .
tak rindu lahhh .

Saturday, December 18, 2010

.belaja terima kenyataan.

okayy .
here we go .
.
.
.
.
.
.
.
.
.



innz , sila terima kenyataan yang kau memang dah famous ! dah glamer ! dah hot ! sebab tuh ramai yang dengki . ramai yang nak jatuhkan kau . so, just face the truth . dahh , jangan cengeng lagi . yeayhh ! u rock innz !






lalallalaaa ~
bukan aku kata , razi kata .
eh tak , razi kata " org hot memang ramai yang dengki...keh keh."
yang lain tuh, aku tambah .
bak kata razi , " aku baca blog kau dari kau kurus sampai kau gemok ."
cehh ~ tade perumpaan laen ke kau nk bagi untuk cakap kau dah lama follow blog aku .
wakakaka xD










t/t : thanks for those who still concern bout me . terharu shial izuddin komen kata "sabar jek" .kau tahu , selama ni asek komen , "aku malas nak masuk campur . " HAHA !

.bolehh ?.


klik untuk lebih jelas .
soklan tuh , aku tanya kat fatin .
aku tanya baik baik kann ?
tapi kawan dia yang mulut macam longkang ni tolong jawabkan .
kau tengok dia jawab apa ?

siap mention nama innz .
hitam .
tak laku .

kau nak aku bersabar lagi ?
biadap kann perempuan macam ni ?
BUKTI !



sial !
menggigil aku tahan marah .
bolehh aku doakan , tuhan balas perbuatan kau ni ?

.nak g ausie.

hola halo !
hati ni maseh saket tapi dulikkan .
terubat seinci sebab dapat paw ibu duit buat beli cool blog .
gagaga xD

sepatutnya esok aku g midvalley .
tapi disebabkan aku tak berhati perut , aku telah balik ke rumah .
kawan aku nak jumpe .
alaa si haris tuh .
macam kau orang kenal jehh sape haris .
takkan lah nak pergi midvalley bawak beg skolah yang penuh dengan baju kann ?
gila tak cool .
HAHA !

aku memule curiga gakk .
pahal mamat ni tetibe nak jumpe aku .
tengah hari tadi dia text lagi .
"oit, jd tak sok ?"
"macam segan lah pulak g mid bawak beg skola"
"asek balik jeh, pehal ? bila kau free lagi ?"
"minggu depan ."
"aku nak g ausie 1hb . 2 tahun aku kat sana . patah hati lah . huhu. sebelum pergi , aku nak jumpe kawan kawan aku "
"laa aku ingat kau pergi holiday . kau dah grad ke ?"
"belum , aku sambung sana"
"ye lahh , next week aku tak balik " *tetibe jadi baik hati . ehh aku memang baik hati lahh . wakaka xD*
"orait . macam aku cakap ritu , same place, same time"


kawan aku ni , belaja dentistry kat UM .
tetibe jehh nak g ausie .
terkujat ai nyahh .
jauh benau bawak lari hati .
HAHA !

gud luck ahh der .
aku taw kau bace blog aku .
lalalalaaa ~